Monday 29 February 2016

7 tips mengatasi anak-anak kurang berat badan yang buat ibu runsing setiap hari.

Assalammualaikum,

    Anak terlalu kurus?
Tidak tahu menu apa yang sesuai?
Macam-macam dah cuba tapi.......



         Sebagai seorang ibu pasti tidak terlepas dari masalah anak yang kurang berat badan sehingga ibu-ibu pun runsing memikirkan apa menu yang sesuai dihidangkan setiap hari kepada anak-anak.Lagi-lagi bila anak-anak jenis yang memilih sikit seperti asyik nak makan ikan,ayam tambah dengan kicap.Sayur?of course tak la nak dimakannya.Ada sesetengahnya pula hanya makan beberapa suap sahaja.Akibatnya tiada nutrisi nutrisi penting yang dapat diserap oleh badan untuk tumbesarannya.

       Oleh yang demikian,seharusnya ,ibu-ibu perlulah mengambil tindakan segera bagi mengatasi anak-anak yang kurang berat badan itu dengan mengambil kira tips-tips yang boleh membantu ibu-ibu diluar sana yang mengalami masalah yang sama.


 Berikut 7tips mengatasi anak-anak kurang berat badan:

1)  Dapatkanlah dan fahamilah maklumat lengkap tentang piramid pemakanan kanak-kanak Malaysia daripada Kementerian Kesihatan Malaysia..Dengan cara ini sebagai ibu anda akan lebih memahami tentang nutrien-nutrien penting yang diperlukan untuk tumbesarannya.Dan membolehkan ibu-ibu memberi anak makanan yang sepatutnya.



2) Elakkan bagi makan dalam kuantiti yang banyak, ,untuk pengetahuan ibu-ibu,saiz hidangan kanak-kanak adalah diantara 1/4 hingga separuh hidangan orang dewasa.Jangan disebabkan anak kurus,kita paksa anak-anak makan juga dengan banyak.itu salah ya.

3)Berikanlah anak-anak makan dengan lebih kerap,contohnya 2kali sehari hidangan snek dan pada masa yang sama anak-anak perlu memgambil hidangan utama sebanyak 3 kali sehari.

4)Cara penyediaan makanan dengan pelbagai gaya dan bentuk yang menarik boleh buat anak-anak terpikat dan teruja untuk menikmatinya.Seperti penyediaan  bento yang penuh dengan warna warni dari sayur dan buah.Ibu-ibu seharusnya lebih kreatif untuk menarik minat mereka.Sekiranya ibu-ibu kurang idea,boleh la search di google atau beli buku-buku tentang menu yang sesuai untuk anak-anak.

5)Jangan biarkan anak-anak makan bersendirian,seeloknya temani anak ketika dia makan dan ibu-ibu juga boleh bagi makan dengan cara menyuap anak-anak agar mereka  makan lebih banyak.

6)Makanan yang tinggi kalorinya digalakkan diambil oleh anak-anak yang kurus seperti susu,keju,kekacang dan lain-lain lagi.

 sumber google

7)Pengambilan vitamin atau makanan tambahan juga digalakkan untuk menambah selera makan anak-anak.,tetapi seharusnya pengambilannya mengikut nasihat pakar kesihatan terlebih dahulu.

       Bagi ibu-ibu di luar sana harap bersabarlah dengan karenah anak-anak ketika makan.Jangan memberi mereka makan mengikut selera kita,tetapi bagi lah mereka pilihan menu apa yang hendak dimakannya.Dengan itu ibu-ibu boleh lah mempertimbangkan apa pilihan mereka yang terbaik.


sharing with love

eila

0129088753

SID shaklee: 911749