Wednesday 22 June 2016

4 Bahan semulajadi buat ibu kekal segar secara luaran selepas bersalin.

Assalammualaikum ,salam rejab.

         Seringkali kita dengar terdapat pantang larang selepas bersalin demi untuk menjaga kesihatan ibu bukan saja untuk jangka masa pendek tetapi untuk jangka masa panjang juga.Kerana setiap wanita yang bersalin akan melalui proses pemulihan bagi memastikan badan kembali segar dan sihat semula.

         Berikut adalah 4 bahan semulajadi yang boleh membuatkan ibu kembali segar dan sihat selepas bersalin:



Madu

i.  Madu mampu mempercepatkan penyembuhan luka selepas bersalin.Kerana madu terdapat antibakteria semulajadi dan vitamin C bahan yang mampu merangsang pertumbuhan sel baru dan membaiki sel yang rosak.

ii.  Memberi tambahan tenaga segera kepada ibu  akibat keletihan selepas melahirkan anak.

iii. Membantu melancarkan perjalanan darah nifas selepas bersalin

iv. Membantu mengurangkan dan mengawal kolesterol.ini kerana kandungan gula asli dalam madu mengandungi antioksida ,bebas lemak,bebas kolestrol dan bebas garam.




Halia

i. Membuang angin yang terdapat dalam usus kecil & besar.

ii. Membantu menghadamkan makanan yang mengelak sembelit.

iii. Menghilangkan kadar kesejukkan yang terdapat pada makanan & buah buahan atau sayur sayuran apabila telah dimakan dan diminum.

Serai Wangi

i. Menghilangkan bau hanyir dan bau badan selepas bersalin.

ii. Menyegarkan badan yang rasa sakit-sakit

iii. Bau daun bila direbus dapat menghilangkan rasa stres dan umpama terapi

.


Sirih

i. Membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk ibu selepas bersalin

ii. Dapat menghilangkan atau meneutralkan bau badan,bau mulut,bau bahagian alat sulit yang tidak menyenangkan.


      Sebagai ibu  yang pernah berpantang,kak eila suka bau kombinasi sirih dan serai wangi direbus dan air rebusannya dibuat mandi..bau yang segar dan wangi je rasa kan.Selamat mencuba dan selamat berpantang lah bagi yang baru lepas bersalin tu.