Saturday 20 June 2015

Sambal lada goreng pembuka selera ketika bersahur

Assalammualaikum uolls,♥♥♥

Alhamdulillah, entri kali ni kak eila nak kongsi kan satu resepi pembuka selera ketika bersahur.Resepi ni simple aje, tetapi setiap kali puasa kak eila pasti buat.iaitu sambal lada goreng.Sebenarnya sambal ni mak kak eila dan atok yang rajin buat , tapi tak de la sampai setiap hari buat kan.Sambal lada goreng ni pun rasanya orang jawa kot yang buat je sebab ia lebih kurang dengan sambal totok yang beza cuma jenis lada sahaja.

Ok lah jom kita terus ke resepi sambal lada goreng yang simple sangat2 ni,




Bahan bahan:

10 helai Lada kering
Seulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Ikan bilis
Garam
Gula
Minyak masak

♥kuantiti semua bahan anda bajet bajet la ye, kalau nak buat dalam kuantiti yang banyak boleh tambah aje bahan bahannya.

Cara caranya:

Ladang kering, bawang merah, bawang putih dan ikan bilis hendaklah di goreng terlebih dahulu satu persatu dengan minyak masak.
Dengan menggunakan lesung batu, tumbuk lada dan bawang, gula, garam sehingga lumat dan untuk ikan bilis korang boleh bahagikan kepada 2 bahagian, yang 1 bahagian tumbuk sehingga lumat dan yang 1 bahagian lagi tu, masukkan masa last2 tu.kiranya tumbuk kasar2 je la.



Taraaa!!!! Siap.


*garam dan gula agak agak la korang bajet.

Sedap di makan masa nasi panas2 .Dan untuk pengetahuan sambal lada goreng ni boleh bertahan juga untuk beberapa hari sekirannya di simpan dalam peti sejuk.


Selamat mencuba.♥♥♥
posted from Bloggeroid