Monday 26 October 2015

Resepi ayam masak pecel yang simple, mudah dan sedap

Assalammualaikum uolls,

   Hari ni kak eila nak kongsikan salah satu lagi resepi masakan orang jawa yang mudah dan sedap iaitu resepi ayam masak lemak pecel.Sebenarnya selain ayam , ikan juga boleh digunakan dalam resepi masak lemak pecel ni.Tiba2 teringat pula masa first pregnant dulu.ngidam talapia masak lemak pecel, alhamdulillah dapat juga makan, itu pun mak yang masakkan.memang sedap, dengan bau keharuman daun cekurnya dan ikan bakarnye....mmm telan air liur

Jom, kita terus ke resepinya,...


Bahan bahannya

1/2 ekor ayam (diperap dengan kunyit dan garam)
5 ulas bawang merah
3 ulas Bawang putih
1/2 inci Halia
2 - 3 biji Cekur/ kencur (isi dan daunnya)
7-8 biji Cilipadi ( ikut kepedasan)
Santan
2 inci Belacan(kak eila tak letak sebab kurang makan belacan)
Garam dan gula

*kisar semua bahan kecuali daun cekur , santan.


Cara masak,
1)ayam tu kak eila goreng terlebih dahulu macam biasa dan ketepikan.. ( nak bakar pun boleh, lagi sedap kalau bakar )

2) satukan bahan kisar dan santan , serta sedikit air ,masak atas api sederhana. Sentiasa kacau.

3) masukkan garam dan gula ikut rasa.

4) last sekali, boleh la curahkan kuah pecel yang sudah siap tadi keatas ayam yang digoreng tadi(kak eila masukkan je ayam goreng ke dalam kuali dan gaulkan sekejap sebab tu nampak kuahnya kuning2 sikit , dan tutup api)

Taraaaaa ....siap.



... Selamat Mencuba...

Sharing with love,
posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. Alhamdulillah... dapat juga jamu mata dengan ayam masak pecel... pagi tadi berkira2 nak masak ayam begini tapi daun kencur penuh lubang2 kena makan siput khinzir he he heeee

    ReplyDelete