Tuesday 27 October 2015

Rahsia luar biasa tentang jambu batu yang buat anda nak tahu.

Assalammualaikum,

' Siapa suka makan jambu batu? Kita geng..kikiki.'

     Alkisahnya sejak kebelakangan ni kak eila suka sangat makan jambu batu yang dipotong nipis dan di tabur dengan kulit asam limau., (sambil taip pun boleh tertelan air liur).bukan kak eila je sorang makan tau, anak2 yang lelaki n abinya pun suka, tambah2 kak eila dah siap2 potong dan masuk peti sejuk....mmmm memang sedap.


     Jambu batu adalah buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh manusia.Jambu batu dipercayai mempunyai sumber vitamin C yang tinggi didalam bentuk asid askorbik.Secara perbandingan kandungan asid askorbiknya jauh lebih tinggi daripada buah buahan yang lain.Selain vitamin C, jambu batu juga mengandungi kandungan vitamin A yang agak banyak.sedikit vitamin B- tiamina B1 , riboflavin, asid pantotenik , asid nikotinik, fosforus dan kalsium yang sederhana dan sedikit besi, kalium juga natrium.


Jambu batu dipercayai mempunyai beberapa khasiat jika diamalkan setiap hari seperti

- menghilangkan rasa mual semasa mengandung,
- menurunkan paras kolestrol dalam darah
- menurunkan paras gula dalam darah,
- mengurangkan berat badan ,
- mengawal tekanan darah
- membantu pertumbuhan kulit yang licin dan sihat,
- mampu menaikkan sel darah putih dan merah,
- meningkatkan kadar sistem metabolisme,
- membantu penghadaman dan mengelak sembelit,
- mengubat cirit birit
- agen antioksida ( melambatkan proses penuaan)
( sumber Wikipedia dan google)

   Testimoni dari adik yang mengalami masalah hb rendah ketika hamil dengan mengamalkan memakan jambu batu setiap hari atas cadangan nurse juga.Alhamdulillah menurut katanya hb cantik je selepas kerap memakan jambu batu dan tidak lupa ubat yang diberi oleh doktor juga.

Nak resepi jus jambu batu untuk ibu hamil hb rendah boleh klik majalah pa&ma

* kenapa dulu masa ku hamil tk de la plak suh makan jambu batu..tiga kali hamil memang hb low sokmo.kalau ku tahu lah, habis jambu batu ku borong penuh peti sejuk...kikiki

*tip : Dari penjual jambu batu.
'Jangan simpan jambu batu yang belum di potong ke dalam peti sejuk kerana tidak tahan lama' .berbanding simpan jambu batu dalam peti sejuk setelah dipotong supaya tahan lebih lama'


Sharing with love
posted from Bloggeroid

Monday 26 October 2015

Resepi ayam masak pecel yang simple, mudah dan sedap

Assalammualaikum uolls,

   Hari ni kak eila nak kongsikan salah satu lagi resepi masakan orang jawa yang mudah dan sedap iaitu resepi ayam masak lemak pecel.Sebenarnya selain ayam , ikan juga boleh digunakan dalam resepi masak lemak pecel ni.Tiba2 teringat pula masa first pregnant dulu.ngidam talapia masak lemak pecel, alhamdulillah dapat juga makan, itu pun mak yang masakkan.memang sedap, dengan bau keharuman daun cekurnya dan ikan bakarnye....mmm telan air liur

Jom, kita terus ke resepinya,...


Bahan bahannya

1/2 ekor ayam (diperap dengan kunyit dan garam)
5 ulas bawang merah
3 ulas Bawang putih
1/2 inci Halia
2 - 3 biji Cekur/ kencur (isi dan daunnya)
7-8 biji Cilipadi ( ikut kepedasan)
Santan
2 inci Belacan(kak eila tak letak sebab kurang makan belacan)
Garam dan gula

*kisar semua bahan kecuali daun cekur , santan.


Cara masak,
1)ayam tu kak eila goreng terlebih dahulu macam biasa dan ketepikan.. ( nak bakar pun boleh, lagi sedap kalau bakar )

2) satukan bahan kisar dan santan , serta sedikit air ,masak atas api sederhana. Sentiasa kacau.

3) masukkan garam dan gula ikut rasa.

4) last sekali, boleh la curahkan kuah pecel yang sudah siap tadi keatas ayam yang digoreng tadi(kak eila masukkan je ayam goreng ke dalam kuali dan gaulkan sekejap sebab tu nampak kuahnya kuning2 sikit , dan tutup api)

Taraaaaa ....siap.



... Selamat Mencuba...

Sharing with love,
posted from Bloggeroid