Sunday, 28 February 2016

7 tips atasi morning sickness semasa hamil supaya ibu-ibu tidak fobia untuk hamil lagi.

Assalammualaikum,uolls


      Morning sickness atau gejala rasa mual dan loya sering dialami kepada wanita yang hamil .Yang dikenali juga sebagai mabuk ,sering terjadi di awal terismester kehamilan mereka .Rasa mual dan loya ini terjadi  adalah disebabkan peningkatan tahap hormon mereka.Tetapi setiap wanita yang hamil mengalami rasa loya dan mual yang berbeza-beza,ada yang tidak merasa apa-apa.dan yang lebih teruk  yang setiap kali masuk makanan ,setiap kali itulah muntah,Walaubagaimanapun,jangan bimbang rasa mual dan loya ketika hamil ini akan berakhir pada akhir terismester pertama.Yang pasti tidak semua wanita yang hamil akan mengalami morning sickness di pagi hari sahaja.Ada yang terjadi di waktu -waktu yang lain.



    Berikut 7 tips untuk atasi morning sickness semasa hamil


1)Ambil makanan dalam jumlah yang sedikit >> Ibu mengandung perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap supaya perut ibu-ibu tidak kosong yang boleh mencetuskan loya..

2) Hindari makanan berlemak,berempah,berminyak dan pedas >> Makanan ini boleh menyebablan ketidakselesaan kepada perut kerana ia akan memburukkan lagi gejala rasa mual dan loya.

3)Minum air yang banyak untuk mengelakkan dehidrasi >>,hal ini penting bagi memastikan tubuh mendapat air yang secukupnya.Selain air masak,jus buah buahan segar juga digalakkan dan yang penting hindari minuman yang berkafein seperti kopi dan minuman yang berkarbonat.

4)Ambil makanan yang mengandungi karbohidrat dan protein seperti roti,kentang,biskut,kekacang dan lain lain lagi yang dapat membantu menghilangkan rasa mual dan loya.

5)Makan buah epal atau jus epal kerana ia boleh menghilangkan rasa mual.

6)Elakkan memakai baju yang ketat >> yang menyebabkan menekan bahagian perut dan menimbulkan rasa loya dan mual.

7)Pengambilan vitamin B6 sebanyak 25mg tiga kali sehari dapat membantu masalah ibu -ibu yang mengalami morning sickness.


      Tips ini juga lah antaranya yang korang akan dapat dari doktor atau nurse setiap kali checkup sepanjang kehamilan.Bagi ibu-ibu tidak perlulah takut untuk mengandung lagi hanya disebabkan alami morning sickness di awal kehamilan.Tetapi bersyukurlah kerana dapat mengandung dan merasai morning sickness semasa hamil.Oleh itu boleh la ibu-ibu  cuba tips-tips diatas ketika mengalami situasi tersebut.

  
                                                                 Sharing with love
                                                                 Eila
                                                                 0129088753
                                                                 SID :911749

Tuesday, 19 January 2016

4 Ramuan semulajadi membantu mengawal Penyakit Kencing Manis

Assalammualaikum,uolls,,,

  Korang Tau Tak apa itu kencing manis atau Diabetes Melitus?.

      Ia merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.

Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:
  • Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
  • Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).

{sumber wikipedia]

  Tanda- tanda Penyakit Kencing Manis

1) Kerap Kencing - Tubuh cuba keluarkan gula berlebihan melalui kencing.
2) Selalu Kehausan - Air dalam badan banyak keluar melalui kencing.
3)Badan Lesu -  Sel badan tidak mendapat bekalan gula untuk penghasilan tenaga
4)Naik Berat Badan -  Tidak mampu beraktiviti kerana badan lesu.
5)Turun Berat Badan -  Badan menggunakan lemak simpanan untuk hasilkan tenaga.
6)Luka Lambat Sembuh -  Gula yang ada dalam darah menarik perhatian bakteria.

Kompilasi Diabetes /kencing Manis
  • Kerosakan pada saluran darah dan saraf.
  • Penyakit kardiovaskular
  • Kegagalan buah pinggang
  • Impotensi
  • Risiko bayi besar
  •  Risiko bayi mengalami hypoglacemia
  •  Risiko bayi mengalami masalah pernafasan
  •  Risiko bayi jaundis
Cara mencegah dan mengawal diabetes   

#       Amalkan gaya hidup sihat

 #     Makanan sihat dan seimbang 

#      Aktiviti fizikal

 #     Amalan rohani

#      Bersilaturrahim

#     Mengamalkan suplemen : 
       > salah satu supplemen Shaklee adalah Vivix  

 



Bagaimana vivix boleh membantu mengawal penyakit diabetes?

VIVIX  mengandungi campuran unik botani 4 ramuan semulajadi iaitu Muscadine Grape .Purple Carrot ,Elderberry ,Polygonum Cuspidatum yang kaya dengan polifenol.

Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel antipenuaan semulajadi.





Testimoni

 

 
     Bagaimana sekarang?

     Jika anda ingin memiliki vivix untuk menambah nilai kesihatan anda..teruskan dengan membelinya.
     
     Jika anda ingin beli kan vivix untuk orang tua anda penghidap penyakit kencing manis yang sudah bertahun tahun?  itu pilihan bijak...

*Keistimewaan vivix adalah sejenis cecair memudahkan  anda yang sukar untuk menelan tablet..

Jom dapat kan sekarang!!!

  


                        Sebarang kemuskilan dan pertanyaan,boleh terus hubungi 
                                    
 
                                           Fazila ;0129088753 (whatssap)
   

Sharing with love.













Tuesday, 27 October 2015

Rahsia luar biasa tentang jambu batu yang buat anda nak tahu.

Assalammualaikum,

' Siapa suka makan jambu batu? Kita geng..kikiki.'

     Alkisahnya sejak kebelakangan ni kak eila suka sangat makan jambu batu yang dipotong nipis dan di tabur dengan kulit asam limau., (sambil taip pun boleh tertelan air liur).bukan kak eila je sorang makan tau, anak2 yang lelaki n abinya pun suka, tambah2 kak eila dah siap2 potong dan masuk peti sejuk....mmmm memang sedap.


     Jambu batu adalah buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh manusia.Jambu batu dipercayai mempunyai sumber vitamin C yang tinggi didalam bentuk asid askorbik.Secara perbandingan kandungan asid askorbiknya jauh lebih tinggi daripada buah buahan yang lain.Selain vitamin C, jambu batu juga mengandungi kandungan vitamin A yang agak banyak.sedikit vitamin B- tiamina B1 , riboflavin, asid pantotenik , asid nikotinik, fosforus dan kalsium yang sederhana dan sedikit besi, kalium juga natrium.


Jambu batu dipercayai mempunyai beberapa khasiat jika diamalkan setiap hari seperti

- menghilangkan rasa mual semasa mengandung,
- menurunkan paras kolestrol dalam darah
- menurunkan paras gula dalam darah,
- mengurangkan berat badan ,
- mengawal tekanan darah
- membantu pertumbuhan kulit yang licin dan sihat,
- mampu menaikkan sel darah putih dan merah,
- meningkatkan kadar sistem metabolisme,
- membantu penghadaman dan mengelak sembelit,
- mengubat cirit birit
- agen antioksida ( melambatkan proses penuaan)
( sumber Wikipedia dan google)

   Testimoni dari adik yang mengalami masalah hb rendah ketika hamil dengan mengamalkan memakan jambu batu setiap hari atas cadangan nurse juga.Alhamdulillah menurut katanya hb cantik je selepas kerap memakan jambu batu dan tidak lupa ubat yang diberi oleh doktor juga.

Nak resepi jus jambu batu untuk ibu hamil hb rendah boleh klik majalah pa&ma

* kenapa dulu masa ku hamil tk de la plak suh makan jambu batu..tiga kali hamil memang hb low sokmo.kalau ku tahu lah, habis jambu batu ku borong penuh peti sejuk...kikiki

*tip : Dari penjual jambu batu.
'Jangan simpan jambu batu yang belum di potong ke dalam peti sejuk kerana tidak tahan lama' .berbanding simpan jambu batu dalam peti sejuk setelah dipotong supaya tahan lebih lama'


Sharing with love
posted from Bloggeroid

Monday, 26 October 2015

Resepi ayam masak pecel yang simple, mudah dan sedap

Assalammualaikum uolls,

   Hari ni kak eila nak kongsikan salah satu lagi resepi masakan orang jawa yang mudah dan sedap iaitu resepi ayam masak lemak pecel.Sebenarnya selain ayam , ikan juga boleh digunakan dalam resepi masak lemak pecel ni.Tiba2 teringat pula masa first pregnant dulu.ngidam talapia masak lemak pecel, alhamdulillah dapat juga makan, itu pun mak yang masakkan.memang sedap, dengan bau keharuman daun cekurnya dan ikan bakarnye....mmm telan air liur

Jom, kita terus ke resepinya,...


Bahan bahannya

1/2 ekor ayam (diperap dengan kunyit dan garam)
5 ulas bawang merah
3 ulas Bawang putih
1/2 inci Halia
2 - 3 biji Cekur/ kencur (isi dan daunnya)
7-8 biji Cilipadi ( ikut kepedasan)
Santan
2 inci Belacan(kak eila tak letak sebab kurang makan belacan)
Garam dan gula

*kisar semua bahan kecuali daun cekur , santan.


Cara masak,
1)ayam tu kak eila goreng terlebih dahulu macam biasa dan ketepikan.. ( nak bakar pun boleh, lagi sedap kalau bakar )

2) satukan bahan kisar dan santan , serta sedikit air ,masak atas api sederhana. Sentiasa kacau.

3) masukkan garam dan gula ikut rasa.

4) last sekali, boleh la curahkan kuah pecel yang sudah siap tadi keatas ayam yang digoreng tadi(kak eila masukkan je ayam goreng ke dalam kuali dan gaulkan sekejap sebab tu nampak kuahnya kuning2 sikit , dan tutup api)

Taraaaaa ....siap.



... Selamat Mencuba...

Sharing with love,
posted from Bloggeroid

Friday, 21 August 2015

6 tip mudah atasi masalah anak yang kurang selera makan

Assalammualaikum..

  Sebagai ibu ,pasti risau bilamana anak anak tidak mahu makan,makan pun sesuap je kan..Sehinggakan kadang kala runsing apa menu yang hendak di masak supaya anak anak dapat makan dengan seleranya.Kerunsingan juga bila anak anak sering alami demam ,selsema dan masalah kembung perut..


  Walaubagaimana pun sebagai ibu ,jangan lah ambil jalan mudah dengan memberi makanan segera yang sememangnya sudah menjadi lumrah kanak kanak yang sukakan makanan manis,atau kudapan2 yang tidak mengenyangkan dan kurang khasiat di dalam nya.

  Oleh yang demikian,jom kita pelajari apa tips yang boleh membantu anak anak kita supaya selera makan..

1)  Biasakan rutin harian anak anak makan bersama keluarga setiap hari supaya dengan melihat kakak,abang,atok,nenek juga makan semeja,anak anak mula tertarik hendak makan juga.

2)  Selain menyediakan makanan yang menjadi kegemaran nya,kita boleh variasi kan makanan supaya anak anak tidak bosan untuk menikmatinya,sebagai contoh brokoli yang biasa ibu  di luar sana goreng sebagi sayur atau campurkan dalam tomyam.So lepas ni boleh cuba brokoli goreng celup tepung dan cicah sos pula..

3) Cipta suasana waktu makan yang mengembirakan dengan game mudah berkaitan menu sebagai contoh menu hari ini ikan goreng kicap..so boleh beri soalan pada anak ,berapa ekor ikan yang mama masak hari ini?,.Hari ini mama masak sayur apa?..mudahkan...

4) Hiaskan menu dengan pelbagai bentuk,seperti nasi lemak.,boleh jadi nasi dijadikan wajah teddy bear dan dihias dengan kacang sebagai mata,ikan bilis sebagai hidung dan timun sebagi telinga teddy bear,manakala sambal nya sebagai awan awan .Ditambah dengan potongan buah buahan dengan pelbagai bentuk juga.

5) Biarkan anak anak makan sendiri walaupun bersepah sedikit,untuk yang berumur 2-3 tahun,mereka sememangnya excited nak berlajar makan dan pegang sudu sendiri.So ibu2 hanya perhatikan dan tunjukkan cara makan dan suap yang betul,

6) Tambahkan  juga vitamin yang dapat membantu mereka selera makan dalam rutin harian anak anak anda.Pilihan terbaik adalah mealshake dan vitalea kids shaklee.

Disini,dikongsikan video seorang ibu yang runsing bila anak anak kurus kering  dan selalu sakit di taska.





  
Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.


*Tiba2 teringat zaman kanak2 dulu,saya lah orang yang susah makan dan sering alami masalah kembung perut.kurus...hahahaha memang kurus sampai sekarang anak dah 3 orang pun ( alhamdulillah waalupun masih kurus)..masa tu mak mana yang tak risaukan..so dengan inisiatif nya,nenek saya boleh buatkan air seperti jamu .katanya untuk menambahkan selera makan..apa yang saya ingat hasil dari parutan kunyit,lempuyang  dan bla bla bla bla.....Korang agak2 apa rasanya yek?..hihihi..sekian


share with love ...
sid 911749
0129088753 wa/sms

Thursday, 20 August 2015

Wednesday, 12 August 2015

Blackout!!!! Apakah persediaan yang perlu anda ada semasa gangguan eletrik berlaku di rumah.

Assalammualaikum uolls.

       Sebenarnya entry kali ni tercetus sebab hari ahad yang lepas, kira kira jam 3 , 4 pagi rumah kak eila blackout secara tiba tiba tanpa ada apa apa notis pemberitahuan pun.haha...waktu waktu begini lah biasanya memang tengah lena tidur kan.Tetapi ,disebabkan gangguan bekalan letrik, kipas tak berpusing, aircond pun tak hidup, dengan keadaan gelap gelitanya..otomatik lah anak anak pun terjaga dari lena kan...

     So, kak eila kongsikan beberapa persediaan yang perlu ada sekiranya berlaku gangguan eletrik supaya dalam keadaan suasana yang gelap gelita tidak lah korang begitu kelam kabut sangatkan.maklum aje lah kalau ada anak anak kecil yang takut gelap, macam macam ragam mereka yang membuat kan korang sebagai ibu n bapa pun bingung kan...
.


Persediaan yang perlu ada semasa gangguan letrik di rumah.
1) Handphone
- Memang penting sangat dibawa semasa tidur.Yang ni kak eila rasa memang semua pengguna handphone akan bawa semasa tidur sebagai jam loceng mereka kan..Bukan setakat jam loceng je ada, dalam handphone pun ada lampu suluh / torchlight..so memang sangat sangat berguna kan.

2) Powerbank
- Dah ada handphone, powerbank pun perlu ada juga.Pastikan powerbank anda sentiasa penuh casnya.

3) Lilin
-Lilin perlu sentiasa ada dirumah sebagai persediaan sekiranya berlakunya blackout secara tiba tiba di waktu malam hari .

4) Lampu suluh
- Selain lampu suluh di handphone, yang ni pun penting juga.Tidak kira lah saiz apa pun.Pastikan diletakkan di tempat yang mudah anda ambil.Kadang bila berlakunya kecemasan, semua benda lupa dah di mana tempat simpannya..hihihi



5) Kipas angin mini
-Masa ni la gunanya powerbank untuk kipas angin mini ni,..kak eila beli pun masa ada sale.Terus beli dua sekali.Tak de la kecil sangat...yang kak eila beli ni yang sedang2 aje.So, masa blackout malam tu, terus kak eila on kan aje sambung pada powerbank.Terus lena semula anak kak eila yang bongsu..Kalau tidak serba tak kena dibuatnya...

*berhati2 ketika menggunakan kipas angin mini untuk anak2 berumur bawah 3 tahun..

6) Ais
- kalau boleh pastikan sentiasa ada ais dalam peti sejuk.Untuk simpan stok2 ebm ibu ibu menyusu, ikan or ayam or makanan sejuk beku anda sementara menunggu bekalan eletrik pulih sepenuhnya.

7) Water Pitcher Shaklee
- Ramai yang dirumahnya ada penapis air berjenama terkenal tetapi menggunakan elektrik kan, Bukan itu aje, siap dengan air panasnya dan sejuknya sekali.Masa ini lah water picther shaklee boleh digunakan untuk menapis air tanpa perlu menggunakan tenaga elektrik, selamat dan setanding dengan jenama terkemuka..Dengan harga bawah rm500 memang berbaloi sangat dan boleh di bawa kemana sahaja anda pergi seperti pergi berkelah, check in hotel , bawa pergi ofis pun boleh.

Apalagi jom kita cek balik apa yang belum ada lagi di dalam rumah kita sebagai persediaan sebelum berlakunya blackout secara tiba-tiba.,Bagi yang berminat nak mengetahui tentang water pitcher shaklee ada SINI

* Kalau blackout kira ok lagi, tapi bila berlakunya gangguan bekalan air...tak senang duduk kan dibuatnya..apa pendapat korang?


 share with love
kak eila

posted from Bloggeroid