Sunday, 28 February 2016

7 tips atasi morning sickness semasa hamil supaya ibu-ibu tidak fobia untuk hamil lagi.

Assalammualaikum,uolls


      Morning sickness atau gejala rasa mual dan loya sering dialami kepada wanita yang hamil .Yang dikenali juga sebagai mabuk ,sering terjadi di awal terismester kehamilan mereka .Rasa mual dan loya ini terjadi  adalah disebabkan peningkatan tahap hormon mereka.Tetapi setiap wanita yang hamil mengalami rasa loya dan mual yang berbeza-beza,ada yang tidak merasa apa-apa.dan yang lebih teruk  yang setiap kali masuk makanan ,setiap kali itulah muntah,Walaubagaimanapun,jangan bimbang rasa mual dan loya ketika hamil ini akan berakhir pada akhir terismester pertama.Yang pasti tidak semua wanita yang hamil akan mengalami morning sickness di pagi hari sahaja.Ada yang terjadi di waktu -waktu yang lain.



    Berikut 7 tips untuk atasi morning sickness semasa hamil


1)Ambil makanan dalam jumlah yang sedikit >> Ibu mengandung perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap supaya perut ibu-ibu tidak kosong yang boleh mencetuskan loya..

2) Hindari makanan berlemak,berempah,berminyak dan pedas >> Makanan ini boleh menyebablan ketidakselesaan kepada perut kerana ia akan memburukkan lagi gejala rasa mual dan loya.

3)Minum air yang banyak untuk mengelakkan dehidrasi >>,hal ini penting bagi memastikan tubuh mendapat air yang secukupnya.Selain air masak,jus buah buahan segar juga digalakkan dan yang penting hindari minuman yang berkafein seperti kopi dan minuman yang berkarbonat.

4)Ambil makanan yang mengandungi karbohidrat dan protein seperti roti,kentang,biskut,kekacang dan lain lain lagi yang dapat membantu menghilangkan rasa mual dan loya.

5)Makan buah epal atau jus epal kerana ia boleh menghilangkan rasa mual.

6)Elakkan memakai baju yang ketat >> yang menyebabkan menekan bahagian perut dan menimbulkan rasa loya dan mual.

7)Pengambilan vitamin B6 sebanyak 25mg tiga kali sehari dapat membantu masalah ibu -ibu yang mengalami morning sickness.


      Tips ini juga lah antaranya yang korang akan dapat dari doktor atau nurse setiap kali checkup sepanjang kehamilan.Bagi ibu-ibu tidak perlulah takut untuk mengandung lagi hanya disebabkan alami morning sickness di awal kehamilan.Tetapi bersyukurlah kerana dapat mengandung dan merasai morning sickness semasa hamil.Oleh itu boleh la ibu-ibu  cuba tips-tips diatas ketika mengalami situasi tersebut.

  
                                                                 Sharing with love
                                                                 Eila
                                                                 0129088753
                                                                 SID :911749

No comments:

Post a Comment