Tuesday, 1 March 2016

Beberapa sebab kenapa anak-anak kecil suka hisap jari

Assalammualaikum,

       Sudah semestinya ibu-ibu perasan kan bila mana dengan sendirinya anak-anak kecil mula menghisap jari mereka tanpa pernah kita ajarnya.Ia berlaku secara semulajadi.
   
       Perlakuan menghisap jari adalah normal bagi seorang kanak-kanak kecil yang mungkin sejak dari dalam kandungan lagi kerana inilah caranya mereka berlajar menyusu.Namun ada yang mengatakan tidak semua kanak-kanak kecil yang menghisap ibu jarinya.Manakala fakta menjelaskan ,semua bayi akan melakukannya.Ibu bapa juga perlu tahu ,perilaku menghisap jari adalah terbentuk secara semulajadi kepada kanak-kanak kecil .




      Keadaan ini juga membimbangkan ibu bapa sekiranya lagi lama menghisap jari diamalkan,lagi tinggi peluang untuk anak-anak kecil itu mendapat kesan buruk akibat dari hisap jari berterusan,Berikut adalah antara beberapa sebab yang sepatutnta ibu-ibu tahu kenapa bayi suka hisap jari,


1)Faktor Kelaparan >> kemungkinan besar disebabkan kelaparan apabila masa penyusuannya tidak dirasakan kenyang dan terus menghisap jari selepas menyusu.perilaku hisap jari ini,perlu dikawal oleh ibu-ibu sebelum ia menjadi tabiat.

2)Tumbuh gigi >> ibu bapa diharapkan tidak keliru dengan tabiat anak-anak kecil menghisap jari,ada yang menghisap untuk membantu melegakan tekanan dari gusi yang disebabkan gigi anak-anak kecil yang baru nak tumbuh.

3)Menenangkan >>Tabiat menghisap jari juga mampu menenangkan dan memudahkan mereka  tidur,sepertimana sesetengah anak-anak yang tidak boleh tidur tanpa kain busuk atau bantal busuk.

        Oleh yang demikian,tabiat menghisap jari ini boleh diatasi dengan pelbagai cara,salah satunya cuba untuk sibukkan anak-anak dengan satu permainan yang menarik perhatiannya supaya tidak lagi mahu menghisap jari.Untuk pengetahuan ibu bapa juga,tabiat ini akan beransur hilang apabila umurnya mencecah usia 3 tahun hingga 6 tahun.


 Sharing with love
eila
0129088753
SID SHAKLEE:911749
     

No comments:

Post a Comment