Showing posts with label TIP SIHAT. Show all posts
Showing posts with label TIP SIHAT. Show all posts

Wednesday, 22 June 2016

4 Bahan semulajadi buat ibu kekal segar secara luaran selepas bersalin.

Assalammualaikum ,salam rejab.

         Seringkali kita dengar terdapat pantang larang selepas bersalin demi untuk menjaga kesihatan ibu bukan saja untuk jangka masa pendek tetapi untuk jangka masa panjang juga.Kerana setiap wanita yang bersalin akan melalui proses pemulihan bagi memastikan badan kembali segar dan sihat semula.

         Berikut adalah 4 bahan semulajadi yang boleh membuatkan ibu kembali segar dan sihat selepas bersalin:



Madu

i.  Madu mampu mempercepatkan penyembuhan luka selepas bersalin.Kerana madu terdapat antibakteria semulajadi dan vitamin C bahan yang mampu merangsang pertumbuhan sel baru dan membaiki sel yang rosak.

ii.  Memberi tambahan tenaga segera kepada ibu  akibat keletihan selepas melahirkan anak.

iii. Membantu melancarkan perjalanan darah nifas selepas bersalin

iv. Membantu mengurangkan dan mengawal kolesterol.ini kerana kandungan gula asli dalam madu mengandungi antioksida ,bebas lemak,bebas kolestrol dan bebas garam.




Halia

i. Membuang angin yang terdapat dalam usus kecil & besar.

ii. Membantu menghadamkan makanan yang mengelak sembelit.

iii. Menghilangkan kadar kesejukkan yang terdapat pada makanan & buah buahan atau sayur sayuran apabila telah dimakan dan diminum.

Serai Wangi

i. Menghilangkan bau hanyir dan bau badan selepas bersalin.

ii. Menyegarkan badan yang rasa sakit-sakit

iii. Bau daun bila direbus dapat menghilangkan rasa stres dan umpama terapi

.


Sirih

i. Membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk ibu selepas bersalin

ii. Dapat menghilangkan atau meneutralkan bau badan,bau mulut,bau bahagian alat sulit yang tidak menyenangkan.


      Sebagai ibu  yang pernah berpantang,kak eila suka bau kombinasi sirih dan serai wangi direbus dan air rebusannya dibuat mandi..bau yang segar dan wangi je rasa kan.Selamat mencuba dan selamat berpantang lah bagi yang baru lepas bersalin tu.




   





Friday, 15 April 2016

7 Tips menikmati makanan yang lazat dan enak tanpa menambah berat badan.

Assalammualaikum,salam rejab.

     ''AYAM GORENG''
                 ''BURGER AYAM"
                            "PIZZA"



          Kebanyakan makanan yang lazat tinggi risikonya, membuatkan berlakunya pertambahan berat badan seseorang.Oleh itu ramai yang terpaksa menyekat selera agar dapat mengawal berat badan ideal.Justeru ikuti beberapa tips berikut,bukan sahaja untuk mereka yang menjaga  berat badan tetapi juga untuk seisi keluarga.

1)Pilih makanan yang banyak air 
   Cuba tukar makanan kering seperti kerepek dengan buah-buahan yang kaya dengan zat.Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi lebih banyak air dan serat daripada makanan yang di proses.

2)Ambil bijirin untuk sarapan 
  Sarapan paling mudah adalah bijirin dan protein.Kombinasi serat dan protein boleh membuatkan anda berasa penuh dan kenyang lebih lama.Ini juga membantu mengawal berat badan dengan lebih baik.

3)Makan lebih banyak buah
 Pilih makanan yang rendah kepadatan seperti epal,oren dan buah-buahan lain.Sumber ini mempunyai kurang kalori untuk bahagian yang lebih besar.Buah buahan ini juga membuat anda berasa kenyang lebih lama.



SUMBER GOOGLE

4)Kacang
 Kacang mempunyai jumlah protein yang sama seperti daging tetapi kurang lemak.Kandungan seratyang tinggi juga membuat rasa penuh dan kenyang.Ia boleh membantu  mencegah sembelit.Oleh itu cuba gunakan kacang sebagai hidangan utama menggantikan daging.

5)Mengambil sup panas
 Kandungan air yang tinggi dalam sup menjadikan anda cepat merasa penuh dan kenyang.Mengambil semangkuk sup sebelum makan malam mengurangkan risiko makan makanan yang tinggi kalori secara berlebihan.Air yang banyak di dalam sup dapat membendung rasa lapar berbanding air minuman sahaja.

6)Mula makan dengan salad
 Mulakan dengan mengambil makanan yang rendah kalori.Sajikan salad sihat bersama sos rendah lemak sebagai hidangan pertama.Tunggu beberapa minit untuk mendapatkan rasa kenyang sebelum menikmati hidangan seterusnya.

7)Pupuk sukakan sayur
 Perlahan-lahan tambahkan sayur sayuran dalam menu anda.Boleh dicuba juga memasaknya cara memanggang dan mengukus.Selain itu boleh boleh memilih sendiri sayur kegemaran dan diletakkan di atas piza.Perlahan-lahan boleh menghentikan keluarga anda untuk memilih piza yang tinggi kalori

.


   
  Selain makanan-makanan tersebut,korang juga boleh cuba Esp shaklee yang membuat anda berasa kenyang lebih lama.Bukan setakat sedap sahaja bila campurkan dengan pelbagai perisa dan buah buahan segar ,malah boleh juga dijadikan smoothies..Memang Woww!!! sangat kan.

      Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee boleh terus wassap saya okey


                                              sharing with love         
                                         eila: 0129088753
                  Pengedar Shaklee :911749
                                   
                                  
                                  


 
 


Tuesday, 21 October 2014

10 makanan ibu hamil buat otak bayi pintar

Bismillahirahmanirahim,

     Setiap ibu semestinya inginkan anak yang pintar..Kepintaran anak juga bermula sejak dalam kandungan lagi.Oleh itu makanan adalah sumber penting dalam merangsang otak bayi bagi ibu2 yang sedang hamil..
     Seingat saya setiap kali mengandung,nurse akan bagi panduan dan galakkan  mengenai apa yang sepatutnya ibu  hamil perlu makan dan sebagainya..

10 makanan ibu hamil buat otak bayi pintar



1} Madu
      Makanan yang  berkhasiat yang mengandungi pelbagai jenis vitamin ,mineral protein,antiseptik dan enzim yang berdaya untuk meningkatkan ingatan dan kecergasan mental.

2} Kismis
       Kismis mengandungi zat besi yang berfungsi untuk membina darah supaya bekalan oksigen mencukupi untuk disalurkan ke otak.Oleh itu,ia menjadi makanan pencetus untuk membentuk otak anak genius.

3} Kurma
       Jus kurma dapat membantu memanaskan badan dan mencerdaskan otak serta membantu tumbesaran kanak-kanak..Kurma kaya dengan sumber zat galian dan vitamin .

4}Buah Delima
      Buah ini boleh jadi penerang hati .

5}Kekacang
      Kacang seperti gajus ,soya dan pistachio dipercayai berkesan dalam meningkatkan kecerdasan otak.dan ia mengandungi nilai protein yang tinggi

6}Labu
       Labu dapat menambah keupayaan fikiran dan akal.

7}Minyak Sapi
      Minyak sapi membekalkan otak yang genius,,so selalulah memasak menggunakan minyak sapi.

8}Sayur sayuran
      Begitu kaya dengan vitamin yang dapat membantu menigkatkan daya ingatan.

9}Susu
      Susu baik merangsang otak,menajamkan fikiran,bekalkan tenaga dari sudut mental dan fizikal.ia juga berfungsi untuk pertumbuhan badan dan otak.

10}Telur
       Berfungsi untuk menambah kecerdasan otak.Telur mengandungi kekuatan protein,mineral,vitamin,kalsium,magnesium,fosforus,kalium,sulfur,natrium,klorin,zat besi.air dan bahan bahan aktif..Telur yang terbaik adalah telur ayam kampung untuk memberi kepintaran pada anak.

       Oleh yang demikian,kepada ibu2 diluar sana yang hamil,boleh la mengambil makanan2 ini di awal kehamilan anda.selain itu, pemakanan yang seimbang juga perlu bagi memastikan perkembangan otak bayi semasa hamil berlaku dengan baik dan sempurna dengan izinnya..insyaALLAH.

       Untuk pengetahuan anda, selain pilihan 10 makanan tadi,Anda juga boleh memilih supplemen shaklee yang berfungsi membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori..iaitu OMEGA GUARD..amat digalakkan pengambilannya semasa kehamilan di terismeter ke 2.
.DHA adalah nutrien utama untuk otak ,sistem saraf dan retina.Ia penting terutamanya 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan,.

      Sekiranya anda,ada sebarang pertanyaan dengan produk shaklee boleh la terus hubungi saya,

SID Fazila
call/whatssap:0129088753