Wednesday, 2 March 2016

7 tips yang boleh buat anak-anak gemar makan sayur supaya ibu juga seronok untuk memasaknya.

Assalammualaikum,

       Sebagai ibu,saya juga mempunyai masalah yang sama dimana memberi anak-anak makan sayur memang sukar.Tetapi dalam 3 orang anak ,yang 2 orang sahaja saya nampak ada pilihan sayur yang mereka berdua gemarkannya,iaitu karot.memang menjadi kegemaran mereka sejak kecil.Bagi sayur berwarna hijau memang sah ditolaknya mentah-mentah.


       Tetapi sekiranya kena gayanya tentu tiada masalah kan untuk anak-anak gemarkan sayur.Berikut ada 7 tips yang boleh bantu ibu-ibu lakukan supaya anak-anak suka makan sayur dalam masa yang sama ibu-ibu juga seronok untuk memasaknya.

1)   Sebagai ibu,anda juga perlulah terlebih dahulu menjadi contoh kepada anak-anak.Barulah anak-anak dapat mengikutnya.Bukan hanya memaksa anak-anak untuk makan sayur tetapi apa yang berlaku anda dan ahli keluarga yang lain tidak langsung memakannya.

2)   Pelbagaikan masakan untuk sayur hendak dihidangkan kepada anak-anak,Bukan hanya ikut selera kita dan tekak kita saja.Jika semalam tumis,hari ini pula sup sayur campur dan seterusnya bergilir-gilir dan variasikannya.Barulah berselera dan teruja untuk memakannya..Kalau ibu-ibu tiada idea,boleh beli buku-buku resepi khas untuk hidangan anak-anak.

3)   Digalakkan sediakan hidangan sayuran yang pelbagai warna kepada anak-anak agar mereka seronok melihatnya dan rasa teruja untuk menikmati hidangan tersebut.

4)  Disarankan juga untuk memberi anak-anak membuat pilihan sayur-sayur ketika membelinya di pasaraya atau pasar dan mana-mana kedai juga.Kemudian tanya pendapat anak-anak tentang jenis masakan yang digemarinya.

5)   Jika anak-anak gemarkan kek atau cekodok atau pastri,ibu-ibu boleh lah buatkan mereka kek atau pastri yang berasaskan sayur-sayuran contohnya kek lobak merah,cekodok udang ditambah dengan sayur yang dicincang halus ke..atau boleh juga buatkan popia berintikan ayam dan sayur.Pasti mereka makan tanpa sedar pun terdapat sayur didalamnya.

6)  Selain itu ibu-ibu juga boleh membenarkan mereka bermain dengan sayur-sayuran yang dibeli dari pasar tadi. Bagi mereka mengenali setiap sayur-sayuran tersebut.Pasti mereka akan rasa teruja nak menikmatinya setelah mengenalinya.

7)   Sekali sekala ibu-ibu boleh lah ajar anak makan snek sayur-sayuran mentah seperti lobak,sengkuang dan timun yang dicecah dengan sos yang sesuai ala-ala salad.


      Macamana ibu-ibu?ada idea sudah?.sekiranya ada idea yang lebih baik,jom kongsi kan di ruang komen ya.Selamat mencuba.

sharing with love

Alhamdulillah

0129088753

sid shaklee:911749

No comments:

Post a Comment