Thursday, 3 March 2016

5 panduan agar makanan yang disediakan untuk anak sentiasa bersih.

Assalammualaikum,

     
       Sering kita dengar berita anak-anak dalam kes keracunan makanan, yang kebanyakkan berlaku di sekolah-sekolah.Di Malaysia kebanyakan kes keracunan  makanan berpunca daripada makanan yang telah dijangkiti bakteria,virus dan parasit.Bakteria-bakteria tersebut akan mengeluarkan racun yang boleh menyebabkan keradangan usus.

     Punca penyediaan makanan yang tidak bersih sering menjadi punca kepada keracunan makanan.Diakui ,ramai yang tidak menyedari bahawa disekeliling kita berjuta bakteria yang boleh menganggu kesihatan manusia.Disebabkan tidak boleh dilihat dengan mata kasar,kewujudannya di pandang remeh.Akibatnya ramai yang menjadi mangsa termasuklah kanak-kanak.Walaupun masalah ini dianggap biasa pada kanak-kanak,keracunan makanan merupakan masalah serius dan sekiranya ia tidak dirawat akan membawa maut


.

    Berikut beberapa panduan yang boleh dibuat oleh ibu bapa atau penjaga  agar penyediaan makanan untuk anak-anak hendaklah sentiasa bersih :

1)Utamakan Kebersihan >>>>Pastikan tangan dicuci bersih sebelum memulakan tugas memasak.Selain itu ,pastikan semua peralatan memasak yang hendak digunakan dalam keadaan yang bersih dan ke semua bahan-bahan mentah juga perlu dibasuh dengan sempurna agar tiada lagi kekotoran pada bahan tersebut.



2)Simpan makanan dengan sempurna >>>> Asingkan bahan mentah dan makanan yang telah siap dimasak ketika menyimpannya di dalm peti sejuk ,mengelakkan dijangkiti bakteria.

3)Tarikh luput >>>> Elakkan membeli makanan atau minuman yang tarikh luputnya semakin hampir.dan jangan sesekali memberi anak-anak dan ahli keluarga yang lain dengan makanan yang sudah luput tarikhnya.

4)Masak dengan sempurna >>>> Semasa memasak,pastikan memasak dengan sempurna sebelum dihidangkan.Bakteria Salmonella akan membiak dalam makanan suam tetapi akan mati pada suhu yang tinggi Dan selepas memasak pastikan dihidangkan dengan segera bagi mengelakkan menjadi basi.selain itu elakkan juga membiarkan makanan yang telah dimasak pada suhu bilik lebih dari 2 jam.

5)Peti Sejuk >>>> Suhu sejuk tidak membunuh bakteria tetapi menghalangnya dari membiak,Oleh itu suhu peti dingin beku haruslah kurang 4 darjah celcius dan 0 darjah celcius.Pastikan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk ditutup dengan sempurna bagi mengelakkan makanan lain dijangkiti.

      Beberapa tips juga yang boleh dibuat sekiranya berlaku keracunan makanan pada anak-anak:

a)Berikan anak minum air dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap untuk mengelakkan dehidrasi

b)Jika anak sudah berhenti muntah,berikan anak-anak makanan yang mudah dihadam seperti roti,bijiran,nasi dan gandum.

c)Buang semua makanan yang berpontensi menyebabkan keracunan seperti daging,ikan,ayam,roti dan produk tenusu.

d)Jangan beri anak makanan pejal selagi ia belum berhenti muntah.


     Walaubagaimanapun,keracunan makanan boleh dielakkan,sekiranya makanan yang dihidangkan itu disediakan dengan sempurna dan dijaga kebersihannya.Sebagai ibu bapa,kita perlu juga berilmu dalam bab-bab keracunan makanan ini.


*Teringat saya masa anak dua orang ,hidup diperantauan..penerbangan dari kl ke kuching.last makan di kl..dalam 24jam kami 3 beranak muntah secara tiba2 dengan banyaknya.sehingga memang tak larat nak muntah dah.setiap kali masuk makanan memang muntah.bukan setakat muntah aje.dengan cirit biritnya juga..Alhamdulillah,semua nya dalam keadaan baik setelah berjumpa doktor untuk dirawat.

     sharing with love
eila
0129088753
sid shaklee:911749


No comments:

Post a Comment