''AYAM GORENG''
''BURGER AYAM"
"PIZZA"
Kebanyakan makanan yang lazat tinggi risikonya, membuatkan berlakunya pertambahan berat badan seseorang.Oleh itu ramai yang terpaksa menyekat selera agar dapat mengawal berat badan ideal.Justeru ikuti beberapa tips berikut,bukan sahaja untuk mereka yang menjaga berat badan tetapi juga untuk seisi keluarga.
1)Pilih makanan yang banyak air
Cuba tukar makanan kering seperti kerepek dengan buah-buahan yang kaya dengan zat.Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi lebih banyak air dan serat daripada makanan yang di proses.
2)Ambil bijirin untuk sarapan
Sarapan paling mudah adalah bijirin dan protein.Kombinasi serat dan protein boleh membuatkan anda berasa penuh dan kenyang lebih lama.Ini juga membantu mengawal berat badan dengan lebih baik.
3)Makan lebih banyak buah
Pilih makanan yang rendah kepadatan seperti epal,oren dan buah-buahan lain.Sumber ini mempunyai kurang kalori untuk bahagian yang lebih besar.Buah buahan ini juga membuat anda berasa kenyang lebih lama.
SUMBER GOOGLE
4)Kacang
Kacang mempunyai jumlah protein yang sama seperti daging tetapi kurang lemak.Kandungan seratyang tinggi juga membuat rasa penuh dan kenyang.Ia boleh membantu mencegah sembelit.Oleh itu cuba gunakan kacang sebagai hidangan utama menggantikan daging.
5)Mengambil sup panas
Kandungan air yang tinggi dalam sup menjadikan anda cepat merasa penuh dan kenyang.Mengambil semangkuk sup sebelum makan malam mengurangkan risiko makan makanan yang tinggi kalori secara berlebihan.Air yang banyak di dalam sup dapat membendung rasa lapar berbanding air minuman sahaja.
6)Mula makan dengan salad
Mulakan dengan mengambil makanan yang rendah kalori.Sajikan salad sihat bersama sos rendah lemak sebagai hidangan pertama.Tunggu beberapa minit untuk mendapatkan rasa kenyang sebelum menikmati hidangan seterusnya.
7)Pupuk sukakan sayur
Perlahan-lahan tambahkan sayur sayuran dalam menu anda.Boleh dicuba juga memasaknya cara memanggang dan mengukus.Selain itu boleh boleh memilih sendiri sayur kegemaran dan diletakkan di atas piza.Perlahan-lahan boleh menghentikan keluarga anda untuk memilih piza yang tinggi kalori
.
Selain makanan-makanan tersebut,korang juga boleh cuba Esp shaklee yang membuat anda berasa kenyang lebih lama.Bukan setakat sedap sahaja bila campurkan dengan pelbagai perisa dan buah buahan segar ,malah boleh juga dijadikan smoothies..Memang Woww!!! sangat kan.
Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee boleh terus wassap saya okey
sharing with love
eila: 0129088753
Pengedar Shaklee :911749