Wednesday, 12 August 2015

Blackout!!!! Apakah persediaan yang perlu anda ada semasa gangguan eletrik berlaku di rumah.

Assalammualaikum uolls.

       Sebenarnya entry kali ni tercetus sebab hari ahad yang lepas, kira kira jam 3 , 4 pagi rumah kak eila blackout secara tiba tiba tanpa ada apa apa notis pemberitahuan pun.haha...waktu waktu begini lah biasanya memang tengah lena tidur kan.Tetapi ,disebabkan gangguan bekalan letrik, kipas tak berpusing, aircond pun tak hidup, dengan keadaan gelap gelitanya..otomatik lah anak anak pun terjaga dari lena kan...

     So, kak eila kongsikan beberapa persediaan yang perlu ada sekiranya berlaku gangguan eletrik supaya dalam keadaan suasana yang gelap gelita tidak lah korang begitu kelam kabut sangatkan.maklum aje lah kalau ada anak anak kecil yang takut gelap, macam macam ragam mereka yang membuat kan korang sebagai ibu n bapa pun bingung kan...
.


Persediaan yang perlu ada semasa gangguan letrik di rumah.
1) Handphone
- Memang penting sangat dibawa semasa tidur.Yang ni kak eila rasa memang semua pengguna handphone akan bawa semasa tidur sebagai jam loceng mereka kan..Bukan setakat jam loceng je ada, dalam handphone pun ada lampu suluh / torchlight..so memang sangat sangat berguna kan.

2) Powerbank
- Dah ada handphone, powerbank pun perlu ada juga.Pastikan powerbank anda sentiasa penuh casnya.

3) Lilin
-Lilin perlu sentiasa ada dirumah sebagai persediaan sekiranya berlakunya blackout secara tiba tiba di waktu malam hari .

4) Lampu suluh
- Selain lampu suluh di handphone, yang ni pun penting juga.Tidak kira lah saiz apa pun.Pastikan diletakkan di tempat yang mudah anda ambil.Kadang bila berlakunya kecemasan, semua benda lupa dah di mana tempat simpannya..hihihi



5) Kipas angin mini
-Masa ni la gunanya powerbank untuk kipas angin mini ni,..kak eila beli pun masa ada sale.Terus beli dua sekali.Tak de la kecil sangat...yang kak eila beli ni yang sedang2 aje.So, masa blackout malam tu, terus kak eila on kan aje sambung pada powerbank.Terus lena semula anak kak eila yang bongsu..Kalau tidak serba tak kena dibuatnya...

*berhati2 ketika menggunakan kipas angin mini untuk anak2 berumur bawah 3 tahun..

6) Ais
- kalau boleh pastikan sentiasa ada ais dalam peti sejuk.Untuk simpan stok2 ebm ibu ibu menyusu, ikan or ayam or makanan sejuk beku anda sementara menunggu bekalan eletrik pulih sepenuhnya.

7) Water Pitcher Shaklee
- Ramai yang dirumahnya ada penapis air berjenama terkenal tetapi menggunakan elektrik kan, Bukan itu aje, siap dengan air panasnya dan sejuknya sekali.Masa ini lah water picther shaklee boleh digunakan untuk menapis air tanpa perlu menggunakan tenaga elektrik, selamat dan setanding dengan jenama terkemuka..Dengan harga bawah rm500 memang berbaloi sangat dan boleh di bawa kemana sahaja anda pergi seperti pergi berkelah, check in hotel , bawa pergi ofis pun boleh.

Apalagi jom kita cek balik apa yang belum ada lagi di dalam rumah kita sebagai persediaan sebelum berlakunya blackout secara tiba-tiba.,Bagi yang berminat nak mengetahui tentang water pitcher shaklee ada SINI

* Kalau blackout kira ok lagi, tapi bila berlakunya gangguan bekalan air...tak senang duduk kan dibuatnya..apa pendapat korang?


 share with love
kak eila

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment