Assalammualaikum ,salam rejab.
Seringkali kita dengar terdapat pantang larang selepas bersalin demi untuk menjaga kesihatan ibu bukan saja untuk jangka masa pendek tetapi untuk jangka masa panjang juga.Kerana setiap wanita yang bersalin akan melalui proses pemulihan bagi memastikan badan kembali segar dan sihat semula.
Berikut adalah 4 bahan semulajadi yang boleh membuatkan ibu kembali segar dan sihat selepas bersalin:
Madu
i. Madu mampu mempercepatkan penyembuhan luka selepas bersalin.Kerana madu terdapat antibakteria semulajadi dan vitamin C bahan yang mampu merangsang pertumbuhan sel baru dan membaiki sel yang rosak.
ii. Memberi tambahan tenaga segera kepada ibu akibat keletihan selepas melahirkan anak.
iii. Membantu melancarkan perjalanan darah nifas selepas bersalin
iv. Membantu mengurangkan dan mengawal kolesterol.ini kerana kandungan gula asli dalam madu mengandungi antioksida ,bebas lemak,bebas kolestrol dan bebas garam.
Halia
i. Membuang angin yang terdapat dalam usus kecil & besar.
ii. Membantu menghadamkan makanan yang mengelak sembelit.
iii. Menghilangkan kadar kesejukkan yang terdapat pada makanan & buah buahan atau sayur sayuran apabila telah dimakan dan diminum.
Serai Wangi
i. Menghilangkan bau hanyir dan bau badan selepas bersalin.
ii. Menyegarkan badan yang rasa sakit-sakit
iii. Bau daun bila direbus dapat menghilangkan rasa stres dan umpama terapi
.
Sirih
i. Membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk ibu selepas bersalin
ii. Dapat menghilangkan atau meneutralkan bau badan,bau mulut,bau bahagian alat sulit yang tidak menyenangkan.
Sebagai ibu yang pernah berpantang,kak eila suka bau kombinasi sirih dan serai wangi direbus dan air rebusannya dibuat mandi..bau yang segar dan wangi je rasa kan.Selamat mencuba dan selamat berpantang lah bagi yang baru lepas bersalin tu.
Wednesday, 22 June 2016
Tuesday, 21 June 2016
7 tip pergi shopping bersama anak-anak
Assalammualaikum,.
Setiap bulan pasti ada masa dan waktu korang jalan-jalan pergi shopping kan?tidak kira lah shopping barang dapur atau barang anak-anak.Lebih-lebih lagi waktu hujung-hujung bulan iaitu waktu terima gaji .Nak shopping pun ada tip-tipnya juga.Boleh follow antara tip-tip dibawah.
Tip sebelum pergi shopping .jom baca tip ini dulu:
1)Senaraikan terlebih dahulu apa yang hendak dibeli sahaja pada hari tersebut bagi mengelakkan pembaziran selain dapat mengawal nafsu.
2)Tetapkan hari dan waktu -Elakkan membeli persiapan raya anak dan ibu ayah sekaligus dalam hari yang sama.Bagi mengelakkan mengambil terlalu lama masa pemilihan dan menyebabkan anak-anak kecil mula rasa bosan dan mudah moody.
3)Tetapkan bajet - membeli ikut bajet yang telah ditetapkan dan ikut kemampuan supaya tidak berbelanja secara berlebihan.
4)Keluar rumah lebih awal supaya mudah dapat tempat parking kereta yang berdekatan dengan pintu pasaraya / kedai yang hendak kita pergi.
5)Bawa bekalan anak-anak seperti pampers,stroller,makanan dan minuman juga
6)Prihatin dengan keselamatan anak-anak ketika sedang membeli belah dengan cara membahagikan tugas kepada maid (kalau yang guna maid) atau memilih samaada ayah yang menjaganya dan ibu yang memilihnya.
P/s: Pastikan semasa sarapan bagi anak-anak yang minum mealshakes dan performance drink shaklee bagi memberi rasa bertenaga ketika pergi menbeli belah.
Selamat bershopping.

Sharing with love,
Pengedar Sah Shaklee :911749
Nak Order Produk Shaklee ? : 0129088753
Friday, 15 April 2016
7 Tips menikmati makanan yang lazat dan enak tanpa menambah berat badan.
Assalammualaikum,salam rejab.
''AYAM GORENG''
''BURGER AYAM"
"PIZZA"
Kebanyakan makanan yang lazat tinggi risikonya, membuatkan berlakunya pertambahan berat badan seseorang.Oleh itu ramai yang terpaksa menyekat selera agar dapat mengawal berat badan ideal.Justeru ikuti beberapa tips berikut,bukan sahaja untuk mereka yang menjaga berat badan tetapi juga untuk seisi keluarga.
1)Pilih makanan yang banyak air
Cuba tukar makanan kering seperti kerepek dengan buah-buahan yang kaya dengan zat.Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi lebih banyak air dan serat daripada makanan yang di proses.
2)Ambil bijirin untuk sarapan
Sarapan paling mudah adalah bijirin dan protein.Kombinasi serat dan protein boleh membuatkan anda berasa penuh dan kenyang lebih lama.Ini juga membantu mengawal berat badan dengan lebih baik.
3)Makan lebih banyak buah
Pilih makanan yang rendah kepadatan seperti epal,oren dan buah-buahan lain.Sumber ini mempunyai kurang kalori untuk bahagian yang lebih besar.Buah buahan ini juga membuat anda berasa kenyang lebih lama.
4)Kacang
Kacang mempunyai jumlah protein yang sama seperti daging tetapi kurang lemak.Kandungan seratyang tinggi juga membuat rasa penuh dan kenyang.Ia boleh membantu mencegah sembelit.Oleh itu cuba gunakan kacang sebagai hidangan utama menggantikan daging.
5)Mengambil sup panas
Kandungan air yang tinggi dalam sup menjadikan anda cepat merasa penuh dan kenyang.Mengambil semangkuk sup sebelum makan malam mengurangkan risiko makan makanan yang tinggi kalori secara berlebihan.Air yang banyak di dalam sup dapat membendung rasa lapar berbanding air minuman sahaja.
6)Mula makan dengan salad
Mulakan dengan mengambil makanan yang rendah kalori.Sajikan salad sihat bersama sos rendah lemak sebagai hidangan pertama.Tunggu beberapa minit untuk mendapatkan rasa kenyang sebelum menikmati hidangan seterusnya.
7)Pupuk sukakan sayur
Perlahan-lahan tambahkan sayur sayuran dalam menu anda.Boleh dicuba juga memasaknya cara memanggang dan mengukus.Selain itu boleh boleh memilih sendiri sayur kegemaran dan diletakkan di atas piza.Perlahan-lahan boleh menghentikan keluarga anda untuk memilih piza yang tinggi kalori
.
Selain makanan-makanan tersebut,korang juga boleh cuba Esp shaklee yang membuat anda berasa kenyang lebih lama.Bukan setakat sedap sahaja bila campurkan dengan pelbagai perisa dan buah buahan segar ,malah boleh juga dijadikan smoothies..Memang Woww!!! sangat kan.
Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee boleh terus wassap saya okey
sharing with love
eila: 0129088753
Pengedar Shaklee :911749

SUMBER GOOGLE

Thursday, 3 March 2016
5 panduan agar makanan yang disediakan untuk anak sentiasa bersih.
Assalammualaikum,
Sering kita dengar berita anak-anak dalam kes keracunan makanan, yang kebanyakkan berlaku di sekolah-sekolah.Di Malaysia kebanyakan kes keracunan makanan berpunca daripada makanan yang telah dijangkiti bakteria,virus dan parasit.Bakteria-bakteria tersebut akan mengeluarkan racun yang boleh menyebabkan keradangan usus.
Punca penyediaan makanan yang tidak bersih sering menjadi punca kepada keracunan makanan.Diakui ,ramai yang tidak menyedari bahawa disekeliling kita berjuta bakteria yang boleh menganggu kesihatan manusia.Disebabkan tidak boleh dilihat dengan mata kasar,kewujudannya di pandang remeh.Akibatnya ramai yang menjadi mangsa termasuklah kanak-kanak.Walaupun masalah ini dianggap biasa pada kanak-kanak,keracunan makanan merupakan masalah serius dan sekiranya ia tidak dirawat akan membawa maut
.
Berikut beberapa panduan yang boleh dibuat oleh ibu bapa atau penjaga agar penyediaan makanan untuk anak-anak hendaklah sentiasa bersih :
1)Utamakan Kebersihan >>>>Pastikan tangan dicuci bersih sebelum memulakan tugas memasak.Selain itu ,pastikan semua peralatan memasak yang hendak digunakan dalam keadaan yang bersih dan ke semua bahan-bahan mentah juga perlu dibasuh dengan sempurna agar tiada lagi kekotoran pada bahan tersebut.
2)Simpan makanan dengan sempurna >>>> Asingkan bahan mentah dan makanan yang telah siap dimasak ketika menyimpannya di dalm peti sejuk ,mengelakkan dijangkiti bakteria.
3)Tarikh luput >>>> Elakkan membeli makanan atau minuman yang tarikh luputnya semakin hampir.dan jangan sesekali memberi anak-anak dan ahli keluarga yang lain dengan makanan yang sudah luput tarikhnya.
4)Masak dengan sempurna >>>> Semasa memasak,pastikan memasak dengan sempurna sebelum dihidangkan.Bakteria Salmonella akan membiak dalam makanan suam tetapi akan mati pada suhu yang tinggi Dan selepas memasak pastikan dihidangkan dengan segera bagi mengelakkan menjadi basi.selain itu elakkan juga membiarkan makanan yang telah dimasak pada suhu bilik lebih dari 2 jam.
5)Peti Sejuk >>>> Suhu sejuk tidak membunuh bakteria tetapi menghalangnya dari membiak,Oleh itu suhu peti dingin beku haruslah kurang 4 darjah celcius dan 0 darjah celcius.Pastikan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk ditutup dengan sempurna bagi mengelakkan makanan lain dijangkiti.
Beberapa tips juga yang boleh dibuat sekiranya berlaku keracunan makanan pada anak-anak:
a)Berikan anak minum air dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap untuk mengelakkan dehidrasi
b)Jika anak sudah berhenti muntah,berikan anak-anak makanan yang mudah dihadam seperti roti,bijiran,nasi dan gandum.
c)Buang semua makanan yang berpontensi menyebabkan keracunan seperti daging,ikan,ayam,roti dan produk tenusu.
d)Jangan beri anak makanan pejal selagi ia belum berhenti muntah.
Walaubagaimanapun,keracunan makanan boleh dielakkan,sekiranya makanan yang dihidangkan itu disediakan dengan sempurna dan dijaga kebersihannya.Sebagai ibu bapa,kita perlu juga berilmu dalam bab-bab keracunan makanan ini.
*Teringat saya masa anak dua orang ,hidup diperantauan..penerbangan dari kl ke kuching.last makan di kl..dalam 24jam kami 3 beranak muntah secara tiba2 dengan banyaknya.sehingga memang tak larat nak muntah dah.setiap kali masuk makanan memang muntah.bukan setakat muntah aje.dengan cirit biritnya juga..Alhamdulillah,semua nya dalam keadaan baik setelah berjumpa doktor untuk dirawat.

eila
0129088753
sid shaklee:911749
Wednesday, 2 March 2016
7 tips yang boleh buat anak-anak gemar makan sayur supaya ibu juga seronok untuk memasaknya.
Assalammualaikum,
Sebagai ibu,saya juga mempunyai masalah yang sama dimana memberi anak-anak makan sayur memang sukar.Tetapi dalam 3 orang anak ,yang 2 orang sahaja saya nampak ada pilihan sayur yang mereka berdua gemarkannya,iaitu karot.memang menjadi kegemaran mereka sejak kecil.Bagi sayur berwarna hijau memang sah ditolaknya mentah-mentah.
Tetapi sekiranya kena gayanya tentu tiada masalah kan untuk anak-anak gemarkan sayur.Berikut ada 7 tips yang boleh bantu ibu-ibu lakukan supaya anak-anak suka makan sayur dalam masa yang sama ibu-ibu juga seronok untuk memasaknya.
1) Sebagai ibu,anda juga perlulah terlebih dahulu menjadi contoh kepada anak-anak.Barulah anak-anak dapat mengikutnya.Bukan hanya memaksa anak-anak untuk makan sayur tetapi apa yang berlaku anda dan ahli keluarga yang lain tidak langsung memakannya.
2) Pelbagaikan masakan untuk sayur hendak dihidangkan kepada anak-anak,Bukan hanya ikut selera kita dan tekak kita saja.Jika semalam tumis,hari ini pula sup sayur campur dan seterusnya bergilir-gilir dan variasikannya.Barulah berselera dan teruja untuk memakannya..Kalau ibu-ibu tiada idea,boleh beli buku-buku resepi khas untuk hidangan anak-anak.
3) Digalakkan sediakan hidangan sayuran yang pelbagai warna kepada anak-anak agar mereka seronok melihatnya dan rasa teruja untuk menikmati hidangan tersebut.
4) Disarankan juga untuk memberi anak-anak membuat pilihan sayur-sayur ketika membelinya di pasaraya atau pasar dan mana-mana kedai juga.Kemudian tanya pendapat anak-anak tentang jenis masakan yang digemarinya.
5) Jika anak-anak gemarkan kek atau cekodok atau pastri,ibu-ibu boleh lah buatkan mereka kek atau pastri yang berasaskan sayur-sayuran contohnya kek lobak merah,cekodok udang ditambah dengan sayur yang dicincang halus ke..atau boleh juga buatkan popia berintikan ayam dan sayur.Pasti mereka makan tanpa sedar pun terdapat sayur didalamnya.
6) Selain itu ibu-ibu juga boleh membenarkan mereka bermain dengan sayur-sayuran yang dibeli dari pasar tadi. Bagi mereka mengenali setiap sayur-sayuran tersebut.Pasti mereka akan rasa teruja nak menikmatinya setelah mengenalinya.
7) Sekali sekala ibu-ibu boleh lah ajar anak makan snek sayur-sayuran mentah seperti lobak,sengkuang dan timun yang dicecah dengan sos yang sesuai ala-ala salad.
Macamana ibu-ibu?ada idea sudah?.sekiranya ada idea yang lebih baik,jom kongsi kan di ruang komen ya.Selamat mencuba.

Alhamdulillah
0129088753
sid shaklee:911749
Tuesday, 1 March 2016
Beberapa sebab kenapa anak-anak kecil suka hisap jari
Assalammualaikum,
Sudah semestinya ibu-ibu perasan kan bila mana dengan sendirinya anak-anak kecil mula menghisap jari mereka tanpa pernah kita ajarnya.Ia berlaku secara semulajadi.
Perlakuan menghisap jari adalah normal bagi seorang kanak-kanak kecil yang mungkin sejak dari dalam kandungan lagi kerana inilah caranya mereka berlajar menyusu.Namun ada yang mengatakan tidak semua kanak-kanak kecil yang menghisap ibu jarinya.Manakala fakta menjelaskan ,semua bayi akan melakukannya.Ibu bapa juga perlu tahu ,perilaku menghisap jari adalah terbentuk secara semulajadi kepada kanak-kanak kecil .
Keadaan ini juga membimbangkan ibu bapa sekiranya lagi lama menghisap jari diamalkan,lagi tinggi peluang untuk anak-anak kecil itu mendapat kesan buruk akibat dari hisap jari berterusan,Berikut adalah antara beberapa sebab yang sepatutnta ibu-ibu tahu kenapa bayi suka hisap jari,
1)Faktor Kelaparan >> kemungkinan besar disebabkan kelaparan apabila masa penyusuannya tidak dirasakan kenyang dan terus menghisap jari selepas menyusu.perilaku hisap jari ini,perlu dikawal oleh ibu-ibu sebelum ia menjadi tabiat.
2)Tumbuh gigi >> ibu bapa diharapkan tidak keliru dengan tabiat anak-anak kecil menghisap jari,ada yang menghisap untuk membantu melegakan tekanan dari gusi yang disebabkan gigi anak-anak kecil yang baru nak tumbuh.
3)Menenangkan >>Tabiat menghisap jari juga mampu menenangkan dan memudahkan mereka tidur,sepertimana sesetengah anak-anak yang tidak boleh tidur tanpa kain busuk atau bantal busuk.
Oleh yang demikian,tabiat menghisap jari ini boleh diatasi dengan pelbagai cara,salah satunya cuba untuk sibukkan anak-anak dengan satu permainan yang menarik perhatiannya supaya tidak lagi mahu menghisap jari.Untuk pengetahuan ibu bapa juga,tabiat ini akan beransur hilang apabila umurnya mencecah usia 3 tahun hingga 6 tahun.

Sharing with love
eila
0129088753
SID SHAKLEE:911749
Monday, 29 February 2016
7 tips mengatasi anak-anak kurang berat badan yang buat ibu runsing setiap hari.
Assalammualaikum,
Anak terlalu kurus?
Tidak tahu menu apa yang sesuai?
Macam-macam dah cuba tapi.......
Sebagai seorang ibu pasti tidak terlepas dari masalah anak yang kurang berat badan sehingga ibu-ibu pun runsing memikirkan apa menu yang sesuai dihidangkan setiap hari kepada anak-anak.Lagi-lagi bila anak-anak jenis yang memilih sikit seperti asyik nak makan ikan,ayam tambah dengan kicap.Sayur?of course tak la nak dimakannya.Ada sesetengahnya pula hanya makan beberapa suap sahaja.Akibatnya tiada nutrisi nutrisi penting yang dapat diserap oleh badan untuk tumbesarannya.
Oleh yang demikian,seharusnya ,ibu-ibu perlulah mengambil tindakan segera bagi mengatasi anak-anak yang kurang berat badan itu dengan mengambil kira tips-tips yang boleh membantu ibu-ibu diluar sana yang mengalami masalah yang sama.
Berikut 7tips mengatasi anak-anak kurang berat badan:
1) Dapatkanlah dan fahamilah maklumat lengkap tentang piramid pemakanan kanak-kanak Malaysia daripada Kementerian Kesihatan Malaysia..Dengan cara ini sebagai ibu anda akan lebih memahami tentang nutrien-nutrien penting yang diperlukan untuk tumbesarannya.Dan membolehkan ibu-ibu memberi anak makanan yang sepatutnya.
2) Elakkan bagi makan dalam kuantiti yang banyak, ,untuk pengetahuan ibu-ibu,saiz hidangan kanak-kanak adalah diantara 1/4 hingga separuh hidangan orang dewasa.Jangan disebabkan anak kurus,kita paksa anak-anak makan juga dengan banyak.itu salah ya.
3)Berikanlah anak-anak makan dengan lebih kerap,contohnya 2kali sehari hidangan snek dan pada masa yang sama anak-anak perlu memgambil hidangan utama sebanyak 3 kali sehari.
4)Cara penyediaan makanan dengan pelbagai gaya dan bentuk yang menarik boleh buat anak-anak terpikat dan teruja untuk menikmatinya.Seperti penyediaan bento yang penuh dengan warna warni dari sayur dan buah.Ibu-ibu seharusnya lebih kreatif untuk menarik minat mereka.Sekiranya ibu-ibu kurang idea,boleh la search di google atau beli buku-buku tentang menu yang sesuai untuk anak-anak.
5)Jangan biarkan anak-anak makan bersendirian,seeloknya temani anak ketika dia makan dan ibu-ibu juga boleh bagi makan dengan cara menyuap anak-anak agar mereka makan lebih banyak.
6)Makanan yang tinggi kalorinya digalakkan diambil oleh anak-anak yang kurus seperti susu,keju,kekacang dan lain-lain lagi.
sumber google
7)Pengambilan vitamin atau makanan tambahan juga digalakkan untuk menambah selera makan anak-anak.,tetapi seharusnya pengambilannya mengikut nasihat pakar kesihatan terlebih dahulu.
Bagi ibu-ibu di luar sana harap bersabarlah dengan karenah anak-anak ketika makan.Jangan memberi mereka makan mengikut selera kita,tetapi bagi lah mereka pilihan menu apa yang hendak dimakannya.Dengan itu ibu-ibu boleh lah mempertimbangkan apa pilihan mereka yang terbaik.
sharing with love
eila
0129088753
SID shaklee: 911749
Sunday, 28 February 2016
7 tips atasi morning sickness semasa hamil supaya ibu-ibu tidak fobia untuk hamil lagi.
Assalammualaikum,uolls
Morning sickness atau gejala rasa mual dan loya sering dialami kepada wanita yang hamil .Yang dikenali juga sebagai mabuk ,sering terjadi di awal terismester kehamilan mereka .Rasa mual dan loya ini terjadi adalah disebabkan peningkatan tahap hormon mereka.Tetapi setiap wanita yang hamil mengalami rasa loya dan mual yang berbeza-beza,ada yang tidak merasa apa-apa.dan yang lebih teruk yang setiap kali masuk makanan ,setiap kali itulah muntah,Walaubagaimanapun,jangan bimbang rasa mual dan loya ketika hamil ini akan berakhir pada akhir terismester pertama.Yang pasti tidak semua wanita yang hamil akan mengalami morning sickness di pagi hari sahaja.Ada yang terjadi di waktu -waktu yang lain.
1)Ambil makanan dalam jumlah yang sedikit >> Ibu mengandung perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap supaya perut ibu-ibu tidak kosong yang boleh mencetuskan loya..
2) Hindari makanan berlemak,berempah,berminyak dan pedas >> Makanan ini boleh menyebablan ketidakselesaan kepada perut kerana ia akan memburukkan lagi gejala rasa mual dan loya.
3)Minum air yang banyak untuk mengelakkan dehidrasi >>,hal ini penting bagi memastikan tubuh mendapat air yang secukupnya.Selain air masak,jus buah buahan segar juga digalakkan dan yang penting hindari minuman yang berkafein seperti kopi dan minuman yang berkarbonat.
4)Ambil makanan yang mengandungi karbohidrat dan protein seperti roti,kentang,biskut,kekacang dan lain lain lagi yang dapat membantu menghilangkan rasa mual dan loya.
5)Makan buah epal atau jus epal kerana ia boleh menghilangkan rasa mual.
6)Elakkan memakai baju yang ketat >> yang menyebabkan menekan bahagian perut dan menimbulkan rasa loya dan mual.
7)Pengambilan vitamin B6 sebanyak 25mg tiga kali sehari dapat membantu masalah ibu -ibu yang mengalami morning sickness.
Tips ini juga lah antaranya yang korang akan dapat dari doktor atau nurse setiap kali checkup sepanjang kehamilan.Bagi ibu-ibu tidak perlulah takut untuk mengandung lagi hanya disebabkan alami morning sickness di awal kehamilan.Tetapi bersyukurlah kerana dapat mengandung dan merasai morning sickness semasa hamil.Oleh itu boleh la ibu-ibu cuba tips-tips diatas ketika mengalami situasi tersebut.
Sharing with love
Eila
0129088753
SID :911749

Berikut 7 tips untuk atasi morning sickness semasa hamil

Tuesday, 19 January 2016
4 Ramuan semulajadi membantu mengawal Penyakit Kencing Manis
Assalammualaikum,uolls,,,
Korang Tau Tak apa itu kencing manis atau Diabetes Melitus?.
Ia merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.
Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:
{sumber wikipedia]
# Amalkan gaya hidup sihat
# Makanan sihat dan seimbang
# Aktiviti fizikal
# Amalan rohani
# Bersilaturrahim
# Mengamalkan suplemen :
> salah satu supplemen Shaklee adalah Vivix
Bagaimana vivix boleh membantu mengawal penyakit diabetes?
VIVIX mengandungi campuran unik botani 4 ramuan semulajadi iaitu Muscadine Grape .Purple Carrot ,Elderberry ,Polygonum Cuspidatum yang kaya dengan polifenol.
Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel antipenuaan semulajadi.
Testimoni
Bagaimana sekarang?
Jika anda ingin memiliki vivix untuk menambah nilai kesihatan anda..teruskan dengan membelinya.
Jika anda ingin beli kan vivix untuk orang tua anda penghidap penyakit kencing manis yang sudah bertahun tahun? itu pilihan bijak...
*Keistimewaan vivix adalah sejenis cecair memudahkan anda yang sukar untuk menelan tablet..
Jom dapat kan sekarang!!!
Sebarang kemuskilan dan pertanyaan,boleh terus hubungi
Fazila ;0129088753 (whatssap)
Sharing with love.

- Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
- Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).
{sumber wikipedia]
Tanda- tanda Penyakit Kencing Manis
1) Kerap Kencing - Tubuh cuba keluarkan gula berlebihan melalui kencing.
2) Selalu Kehausan - Air dalam badan banyak keluar melalui kencing.
3)Badan Lesu - Sel badan tidak mendapat bekalan gula untuk penghasilan tenaga
4)Naik Berat Badan - Tidak mampu beraktiviti kerana badan lesu.
5)Turun Berat Badan - Badan menggunakan lemak simpanan untuk hasilkan tenaga.
6)Luka Lambat Sembuh - Gula yang ada dalam darah menarik perhatian bakteria.
Kompilasi Diabetes /kencing Manis
- Kerosakan pada saluran darah dan saraf.
- Penyakit kardiovaskular
- Kegagalan buah pinggang
- Impotensi
- Risiko bayi besar
- Risiko bayi mengalami hypoglacemia
- Risiko bayi mengalami masalah pernafasan
- Risiko bayi jaundis
# Amalkan gaya hidup sihat
# Makanan sihat dan seimbang
# Aktiviti fizikal
# Amalan rohani
# Bersilaturrahim
# Mengamalkan suplemen :
> salah satu supplemen Shaklee adalah Vivix
Bagaimana vivix boleh membantu mengawal penyakit diabetes?
VIVIX mengandungi campuran unik botani 4 ramuan semulajadi iaitu Muscadine Grape .Purple Carrot ,Elderberry ,Polygonum Cuspidatum yang kaya dengan polifenol.
Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel antipenuaan semulajadi.
Testimoni
Bagaimana sekarang?
Jika anda ingin memiliki vivix untuk menambah nilai kesihatan anda..teruskan dengan membelinya.
Jika anda ingin beli kan vivix untuk orang tua anda penghidap penyakit kencing manis yang sudah bertahun tahun? itu pilihan bijak...
*Keistimewaan vivix adalah sejenis cecair memudahkan anda yang sukar untuk menelan tablet..
Jom dapat kan sekarang!!!
Sebarang kemuskilan dan pertanyaan,boleh terus hubungi
Sharing with love.
Subscribe to:
Posts (Atom)