Thursday, 6 August 2015

Tips melembutkan daging dengan mudah supaya makan tidak liat

Assalammualaikum uolls pembaca blog,

        Alamak liat la daging gulai  ni..!!!,hilang selera nak makan bila daging yang dimasak tadi liat pula..bukan kita je sebagai orang dewasa rasa susah nak makan,anak anak apatah lagi kan... "Salah potong daging ke?ke daging tu memang liat ...tak pun salah beli daging"...hihihi..Masa ni baru lah sibuk sibuk nak call mak la kan,nak minta  tips2 nak melembutkan daging ...

        Nak melembutkan daging ni macam macam cara orang tua dulu2 buat,sebagai contoh ada yang guna daun nangka ,guna buah keras, guna daun betik la,bukan tu aje,yang disuruh masukkan sudu kecil dalam rebusan daging pun ada...agak agak nak guna yang mana.?haha.pilih pilih

       Untuk tips yang kak eila nak kongsikan ni,yang paling mudah  dan berkesan ,in shaa ALLAH.Sebab kak eila sendiri dah cuba.Tips ni pun dapat dari ayah yang pernah makan dikedai mamak ,Sambil makan sambil2 lah tanya tuan punya kedai,Alhamdulillah murah rezeki tuan kedai sebab tidak kedekut pun dengan ilmu yang ada tu kan...Diberitahunya,.masukkan aje kurma sebiji dua dalam masakan...,So sejak tu kalau mak masak apa apa lauk yang berdaging atau guna daging ayam tua pun,mak tetap masukkan sebiji dua kurma..

     Mudahkan,,lepas ni ...ibu-ibu boleh lah mencubanya sendiri dan yang paling best tak de lah segan-segan dan rasa bersalah nak bagi jiran sebelah disebabkan daging masak rendang ku liat..hehe.


"SELAMAT MENCUBA"


sharing is caring,
love,
kak eila

 


Saturday, 20 June 2015

Sambal lada goreng pembuka selera ketika bersahur

Assalammualaikum uolls,♥♥♥

Alhamdulillah, entri kali ni kak eila nak kongsi kan satu resepi pembuka selera ketika bersahur.Resepi ni simple aje, tetapi setiap kali puasa kak eila pasti buat.iaitu sambal lada goreng.Sebenarnya sambal ni mak kak eila dan atok yang rajin buat , tapi tak de la sampai setiap hari buat kan.Sambal lada goreng ni pun rasanya orang jawa kot yang buat je sebab ia lebih kurang dengan sambal totok yang beza cuma jenis lada sahaja.

Ok lah jom kita terus ke resepi sambal lada goreng yang simple sangat2 ni,




Bahan bahan:

10 helai Lada kering
Seulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Ikan bilis
Garam
Gula
Minyak masak

♥kuantiti semua bahan anda bajet bajet la ye, kalau nak buat dalam kuantiti yang banyak boleh tambah aje bahan bahannya.

Cara caranya:

Ladang kering, bawang merah, bawang putih dan ikan bilis hendaklah di goreng terlebih dahulu satu persatu dengan minyak masak.
Dengan menggunakan lesung batu, tumbuk lada dan bawang, gula, garam sehingga lumat dan untuk ikan bilis korang boleh bahagikan kepada 2 bahagian, yang 1 bahagian tumbuk sehingga lumat dan yang 1 bahagian lagi tu, masukkan masa last2 tu.kiranya tumbuk kasar2 je la.



Taraaa!!!! Siap.


*garam dan gula agak agak la korang bajet.

Sedap di makan masa nasi panas2 .Dan untuk pengetahuan sambal lada goreng ni boleh bertahan juga untuk beberapa hari sekirannya di simpan dalam peti sejuk.


Selamat mencuba.♥♥♥
posted from Bloggeroid

Thursday, 18 June 2015

Tip ketika pergi ke bazar ramadhan yang anda kena ambil peduli.

Assalammualaikum ,

Alhamdulillah , dapat bertemu ramadhan kali ini di tahun 2015. Mengharapkan sesuatu yang baik2 sahaja selama kita berpuasa sebulan.insyaAllah..., so selamat berpuasa pada semua yang sudi membaca blog coretan ummi ini.

Bila bulan puasa je, pasti ada bazar ramadhan, bila bulan selain ramadhan je, yang tinggal cuma tapak bazar ramadhan je ...hihihi..dah macam pesta makanan la pula.. pilih aje yang mana suka kan.macam2 ada.haa yang ni korang memang kena ambil peduli ketika pergi bazar ramadhan.Mmmm nak tahu kenapa?,sebab nak pergi bazar ramadhan pun ada tips2 nya juga.




Nak tahu?

5 tip ketika pergi bazar ramadhan

1) Persediaan
- perlu ada persediaan dan perancangan terlebih dahulu, sebagai contoh kalau isteri2 korang dah plan nak masak nasi tomato dirumah..korang sebagai suami pula just beli dessert ke or buah buahan ke..tak perlu la beli pula nasi arab la, kuew tiaw la bagai.begitu juga dengan yang memang tidak masak langsung di rumah banya membeli sahaja di bazar pun perlu plan awal2..mengelakkan pembaziran.

2) Bajet cukup cukup je
-bukan nak kawen je ada bajet tau, setakat nak pergi bazar ramadhan pun perlu ada bajet.Bajet pun korang perlu kawal..bukan sesuka hati je nak guna. Sebagai contoh hari ni korang bawa hanya rm5 sahaja untuk pergi membeli juadah,, cukup ke?
Cukup kalau korang plan awal2 dan bajet sendiri..beli yang perlu sahaja.

3) Tetapkan masa
- tetapkan masa pun penting, contoh nak pergi bazar ramadhan 30minit je.so ikut masa yang korang tetapkan..jangan lebih masa, sebab bila banyak korang spend time di bazar ramadhan,maka nafsu korang pun mula la macam2..itu sedap , ini sedap..akhirnya waktu berbuka pun sejenis je korang makan..berlakunya pembaziran lagi.

4) Tahap kebersihan
- tahap kebersihan pun perlu diambil kira tau, pilih la yang korang rasa tahap kebersihannya ketika penjual menjual itu memuaskan,, sebagai contoh makanan yang dipamerkan tu perlu la dijaga dan bertutup kemas mengelakkan dihurung lalat kan.

5)Kawal nafsu
-kawal nafsu sewaktu membeli juadah ye.bukan nampak sedap beli, nampak cantik beli, kalau boleh semua nak beli...hahaha itu memang nafsu tak terkawal.

Puasa bukan sehari , tetapi sebulan, bagi mengelakkan pembaziran yang terlampau, korang boleh la gunakan tip tip diatas sebagai panduan sebelum pergi bazar ramadhan.Sekiranya ada tip tip lain yang korang nak kongsikan, boleh la kongsikan di ruangan komen ye..


With love
Fazila
Shaklee independent distributer
911749
0129088753 sms/whatssapp
posted from Bloggeroid

Friday, 22 May 2015

Tip berkesan hilangkan mengantuk ketika memandu

Assalammualikum,

Kalau gosip pasal mengantuk,,, memang mengantuk mata nak tulis entry ni..hihi..korang yang baca pun jangan mengantuk la ye..So, hari ni kak eila nak bagi tip berkesan hilangkan mengantuk ketika memandu.Situasi biasa semua pemandu di jalan raya, terutama sekali yang melibatkan perjalanan yang agak lama dan jauh kan.

Situasi biasa , nak balik kampung nun jauh di selatan dan utara ...contoh je la kan..
Situasi kedua bagi pemandu bas or lori ...

Mmmm....korang pun boleh bayangkan dan biasa alaminya kan,, mungkin dengan tip yang kak eila kongsikan ni dapat membantu korang bila berada dalam situasi seperti contoh diatas.





Tip berkesan hilangkan mengantuk ketika memandu

1) Cukup rehat
Pastikan cukup rehat dan tidur sebelum memulakan perjalanan yang jauh,sangat2 penting dan jangan memaksa diri untuk memandu dalam keadaan yang mengantuk yang boleh menyebabkan mendorong pemanduan dalam keadaan merbahaya

2) Pasang radio
Haa, yang ni biasa semua pemandu akan buat.boleh la ikut muzik kegemaran korang...nak yang sopan boleh buka bacaan ayat2 alquran ke , sambil2 korang ikut la baca sekali..lagu2 nasyid ke dan apa2 la yang korang suka..elakkan memandu dalam keadaan yang sunyi terutama sekali bila berseorangan ketika memandu.

3) Mengunyah makanan
Of cos mengunyah makanan amat2 membantu sekali., pilih la makanan ringan seperti kekacang ke atau buah potong ke, yang penting makanan yang korang pilih tu memudahkan korang nak makan masa memandu nanti.,...
Chewing gum pun boleh juga..:)

4) Berhenti dan berehat sekejap
Ambil masa beberapa minit untuk korang berehat dan berhenti la di mana2 tempat yang selamat seperti rnr ke..untuk tidur sekejap ..

5) Elak memandu berseorangan
Keadaan pemandu berseorangan ketika memandu dalam perjalanan jauh , potensi untuk berasa mengantuk adalah tinggi..kalau boleh bawalah teman untuk tujuan mengelakkan rasa bosan dan boleh di ajak berbual...
# Kalau yang beekeluarga dengan anak2 masih kecil pasti tak sempat nak mengantuk melayan karenah riuhnya mereka.hahaha...

6) Minum air.
Digalakkan minum air mineral..elakkan minuman air yang bergas atau berkafein yang tidak baik untuk kesihatan korang..selain tu boleh la korang cuba minuman bertenaga dari shaklee , performance drink dan cinch tea mix.... boleh bawa masa dalam perjalanan..mudah kan.


#haaa meh korang tengok video ni,cara Pn Maria Awi mengatasi masalahnya yang mudah mengantuk setiap kali ingin membuat kerja.


Ubat Tahan Mengantuk Tanpa Dadah: Cergas Sokmo! from iReach HD on Vimeo.

#korang macamana? Kalau ada apa2 penambahan tip yang biasa korang buat bagi menghilangkan mengantuk ketika memandu, boleh la tulis di ruang komen.



Withlove,

Fazila/kak eila

0129088753
Sid : 911749
posted from Bloggeroid

Monday, 23 March 2015

Cara mudah buat ibu hamil atasi anemia.

Assalammualaikum,
Bismillah,


           Apa yang buat ibu2 hamil selalu runsing setiap kali cek darah ketika datang temujanji di klinik, semestinya Anemia kan?..  yang merupakan sejenis penyakit di mana tubuh badan mengalami kekurangan sel darah merah semasa proses pembawaan oksigen ke seluruh tisu badan.

           Pengalaman sendiri ketika hamil,3 kali hamil,3 kali lah alami penyakit anemia ni,.Macam2 perasaan ada,sedih dan runsing bila mana memikirkan kandungan dan diri sendiri...Tapi alhamdulillah ketiga2 anak lahir dengan selamat dan membesar dengan sihat.Nurse dan doktor memang sedaya upaya memberi nasihat dari segi pengambilan makanan yang dapat membantu masalah anemia ni.Macam2 pil vitamin yang diberi nya,tapi hakikatnya tekak sendiri memang loya nak telan walaupun pilnya tidak la sebesar mana.Oleh itu pilihan saya masa tu hanya dari pemakanan seperti buah buahan dan sayur sayuran selain makanan sunnah..Pada masa tu,sememangnya tidak pernah mengenali apa itu shaklee.

           Bagaimana dengan anda dan ibu2 di luar sana,

           Adakah pernah mengalami situasi seperti saya di mana setiap kali hamil,pasti mengalami penyakit anemia ini?

           Bagi yang sedang hamil dan mengalami situasi yang sama seperti saya ,meh kita tengok video di bawah ni,yang mana ibu ini dapat atasi masalah anemianya ketika hamil kali ini ..
insya Allah..
        


Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.



 0129088753
ummu fayyadh/fazila 

Wednesday, 5 November 2014

Cara Cara Menjaga Kecantikan yang Disuruh Dalam Islam

Bismillahirahmanirahim,

Doa agar memperoleh akhlak yang baik :

           " Ya Allah,seperti mana Engkau mencantikkan kejadianku,
              maka perbaiki juga akhlakku" {Riwayat Ahmad}


 Wanita dan kecantikan sememangnya tidak dapat dipisahkan.,Kecantikan wanita itu adalah anugerah dari Allah yang maha Agung.Dalam islam juga telah disuruh menjaga kecantikan mengikut landasan yang betul.

Cara caranya:
  • Bersuci ,iaitu membersihkan diri dari najis dan hadas besar dan kecil dengan mandi.
  • Berwuduk 
  • Menyucikan diri dengan memotong kuku,membuang bulu ketiak dan ari2
  • Tidak memakai mekap berlebihan atau menggunakan bahan yang haram,najis dan memudaratkan.
  • Berhias hanya untuk suami dan mahram.
  • Wanita tidak berhias untuk ajnabi kerana perbuatan itu dilarang.ia boleh mendatangkan fitnah.
  • Tidak memakai rambut palsu

Akan tetapi kecantikan wanita semakin indah dengan ketaatan,ketakwaan dan pengabdian diri kepada Tuhan.

InsyaAllah...















Wednesday, 22 October 2014

Tersuka tanpa sengaja kepada Performance Drink

Bismillahirahmanirahhim,

           Belum rasa bermakna belum tahu la rasa sedapnya performance drink ni kan.ala2 rasa orange gitu...pertama kali saya cuba performance drink memang marbeles la..terus  rasa kesegarannya dan bertenaga..Bukan saya sahaja yang suka,anak2 pun suka...Kalau mereka mengalami demam dan cirit birit, memang pilihan saya adalah performance drink ni bagi mengelakkan mereka mengalami penghidratan..





Disini beberapa testimoni dari mereka yang  pernah mencuba performance drink untuk lebih bertenaga melakukan tugas2 harian..






















Minuman yang lazat untuk diminum bila2 masa dan dimana2 sahaja...boleh dicampur dengan minuman lain dan begitu sahaja...

Sekiranya anda juga teruja ingin mencuba ,meh pm saya.:

SID FAZILA
0129088753

sharing with love,