Thursday, 18 June 2015

Tip ketika pergi ke bazar ramadhan yang anda kena ambil peduli.

Assalammualaikum ,

Alhamdulillah , dapat bertemu ramadhan kali ini di tahun 2015. Mengharapkan sesuatu yang baik2 sahaja selama kita berpuasa sebulan.insyaAllah..., so selamat berpuasa pada semua yang sudi membaca blog coretan ummi ini.

Bila bulan puasa je, pasti ada bazar ramadhan, bila bulan selain ramadhan je, yang tinggal cuma tapak bazar ramadhan je ...hihihi..dah macam pesta makanan la pula.. pilih aje yang mana suka kan.macam2 ada.haa yang ni korang memang kena ambil peduli ketika pergi bazar ramadhan.Mmmm nak tahu kenapa?,sebab nak pergi bazar ramadhan pun ada tips2 nya juga.




Nak tahu?

5 tip ketika pergi bazar ramadhan

1) Persediaan
- perlu ada persediaan dan perancangan terlebih dahulu, sebagai contoh kalau isteri2 korang dah plan nak masak nasi tomato dirumah..korang sebagai suami pula just beli dessert ke or buah buahan ke..tak perlu la beli pula nasi arab la, kuew tiaw la bagai.begitu juga dengan yang memang tidak masak langsung di rumah banya membeli sahaja di bazar pun perlu plan awal2..mengelakkan pembaziran.

2) Bajet cukup cukup je
-bukan nak kawen je ada bajet tau, setakat nak pergi bazar ramadhan pun perlu ada bajet.Bajet pun korang perlu kawal..bukan sesuka hati je nak guna. Sebagai contoh hari ni korang bawa hanya rm5 sahaja untuk pergi membeli juadah,, cukup ke?
Cukup kalau korang plan awal2 dan bajet sendiri..beli yang perlu sahaja.

3) Tetapkan masa
- tetapkan masa pun penting, contoh nak pergi bazar ramadhan 30minit je.so ikut masa yang korang tetapkan..jangan lebih masa, sebab bila banyak korang spend time di bazar ramadhan,maka nafsu korang pun mula la macam2..itu sedap , ini sedap..akhirnya waktu berbuka pun sejenis je korang makan..berlakunya pembaziran lagi.

4) Tahap kebersihan
- tahap kebersihan pun perlu diambil kira tau, pilih la yang korang rasa tahap kebersihannya ketika penjual menjual itu memuaskan,, sebagai contoh makanan yang dipamerkan tu perlu la dijaga dan bertutup kemas mengelakkan dihurung lalat kan.

5)Kawal nafsu
-kawal nafsu sewaktu membeli juadah ye.bukan nampak sedap beli, nampak cantik beli, kalau boleh semua nak beli...hahaha itu memang nafsu tak terkawal.

Puasa bukan sehari , tetapi sebulan, bagi mengelakkan pembaziran yang terlampau, korang boleh la gunakan tip tip diatas sebagai panduan sebelum pergi bazar ramadhan.Sekiranya ada tip tip lain yang korang nak kongsikan, boleh la kongsikan di ruangan komen ye..


With love
Fazila
Shaklee independent distributer
911749
0129088753 sms/whatssapp
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment