Friday, 22 May 2015

Tip berkesan hilangkan mengantuk ketika memandu

Assalammualikum,

Kalau gosip pasal mengantuk,,, memang mengantuk mata nak tulis entry ni..hihi..korang yang baca pun jangan mengantuk la ye..So, hari ni kak eila nak bagi tip berkesan hilangkan mengantuk ketika memandu.Situasi biasa semua pemandu di jalan raya, terutama sekali yang melibatkan perjalanan yang agak lama dan jauh kan.

Situasi biasa , nak balik kampung nun jauh di selatan dan utara ...contoh je la kan..
Situasi kedua bagi pemandu bas or lori ...

Mmmm....korang pun boleh bayangkan dan biasa alaminya kan,, mungkin dengan tip yang kak eila kongsikan ni dapat membantu korang bila berada dalam situasi seperti contoh diatas.





Tip berkesan hilangkan mengantuk ketika memandu

1) Cukup rehat
Pastikan cukup rehat dan tidur sebelum memulakan perjalanan yang jauh,sangat2 penting dan jangan memaksa diri untuk memandu dalam keadaan yang mengantuk yang boleh menyebabkan mendorong pemanduan dalam keadaan merbahaya

2) Pasang radio
Haa, yang ni biasa semua pemandu akan buat.boleh la ikut muzik kegemaran korang...nak yang sopan boleh buka bacaan ayat2 alquran ke , sambil2 korang ikut la baca sekali..lagu2 nasyid ke dan apa2 la yang korang suka..elakkan memandu dalam keadaan yang sunyi terutama sekali bila berseorangan ketika memandu.

3) Mengunyah makanan
Of cos mengunyah makanan amat2 membantu sekali., pilih la makanan ringan seperti kekacang ke atau buah potong ke, yang penting makanan yang korang pilih tu memudahkan korang nak makan masa memandu nanti.,...
Chewing gum pun boleh juga..:)

4) Berhenti dan berehat sekejap
Ambil masa beberapa minit untuk korang berehat dan berhenti la di mana2 tempat yang selamat seperti rnr ke..untuk tidur sekejap ..

5) Elak memandu berseorangan
Keadaan pemandu berseorangan ketika memandu dalam perjalanan jauh , potensi untuk berasa mengantuk adalah tinggi..kalau boleh bawalah teman untuk tujuan mengelakkan rasa bosan dan boleh di ajak berbual...
# Kalau yang beekeluarga dengan anak2 masih kecil pasti tak sempat nak mengantuk melayan karenah riuhnya mereka.hahaha...

6) Minum air.
Digalakkan minum air mineral..elakkan minuman air yang bergas atau berkafein yang tidak baik untuk kesihatan korang..selain tu boleh la korang cuba minuman bertenaga dari shaklee , performance drink dan cinch tea mix.... boleh bawa masa dalam perjalanan..mudah kan.


#haaa meh korang tengok video ni,cara Pn Maria Awi mengatasi masalahnya yang mudah mengantuk setiap kali ingin membuat kerja.


Ubat Tahan Mengantuk Tanpa Dadah: Cergas Sokmo! from iReach HD on Vimeo.

#korang macamana? Kalau ada apa2 penambahan tip yang biasa korang buat bagi menghilangkan mengantuk ketika memandu, boleh la tulis di ruang komen.



Withlove,

Fazila/kak eila

0129088753
Sid : 911749
posted from Bloggeroid

Monday, 23 March 2015

Cara mudah buat ibu hamil atasi anemia.

Assalammualaikum,
Bismillah,


           Apa yang buat ibu2 hamil selalu runsing setiap kali cek darah ketika datang temujanji di klinik, semestinya Anemia kan?..  yang merupakan sejenis penyakit di mana tubuh badan mengalami kekurangan sel darah merah semasa proses pembawaan oksigen ke seluruh tisu badan.

           Pengalaman sendiri ketika hamil,3 kali hamil,3 kali lah alami penyakit anemia ni,.Macam2 perasaan ada,sedih dan runsing bila mana memikirkan kandungan dan diri sendiri...Tapi alhamdulillah ketiga2 anak lahir dengan selamat dan membesar dengan sihat.Nurse dan doktor memang sedaya upaya memberi nasihat dari segi pengambilan makanan yang dapat membantu masalah anemia ni.Macam2 pil vitamin yang diberi nya,tapi hakikatnya tekak sendiri memang loya nak telan walaupun pilnya tidak la sebesar mana.Oleh itu pilihan saya masa tu hanya dari pemakanan seperti buah buahan dan sayur sayuran selain makanan sunnah..Pada masa tu,sememangnya tidak pernah mengenali apa itu shaklee.

           Bagaimana dengan anda dan ibu2 di luar sana,

           Adakah pernah mengalami situasi seperti saya di mana setiap kali hamil,pasti mengalami penyakit anemia ini?

           Bagi yang sedang hamil dan mengalami situasi yang sama seperti saya ,meh kita tengok video di bawah ni,yang mana ibu ini dapat atasi masalah anemianya ketika hamil kali ini ..
insya Allah..
        


Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.



 0129088753
ummu fayyadh/fazila 

Wednesday, 5 November 2014

Cara Cara Menjaga Kecantikan yang Disuruh Dalam Islam

Bismillahirahmanirahim,

Doa agar memperoleh akhlak yang baik :

           " Ya Allah,seperti mana Engkau mencantikkan kejadianku,
              maka perbaiki juga akhlakku" {Riwayat Ahmad}


 Wanita dan kecantikan sememangnya tidak dapat dipisahkan.,Kecantikan wanita itu adalah anugerah dari Allah yang maha Agung.Dalam islam juga telah disuruh menjaga kecantikan mengikut landasan yang betul.

Cara caranya:
  • Bersuci ,iaitu membersihkan diri dari najis dan hadas besar dan kecil dengan mandi.
  • Berwuduk 
  • Menyucikan diri dengan memotong kuku,membuang bulu ketiak dan ari2
  • Tidak memakai mekap berlebihan atau menggunakan bahan yang haram,najis dan memudaratkan.
  • Berhias hanya untuk suami dan mahram.
  • Wanita tidak berhias untuk ajnabi kerana perbuatan itu dilarang.ia boleh mendatangkan fitnah.
  • Tidak memakai rambut palsu

Akan tetapi kecantikan wanita semakin indah dengan ketaatan,ketakwaan dan pengabdian diri kepada Tuhan.

InsyaAllah...















Wednesday, 22 October 2014

Tersuka tanpa sengaja kepada Performance Drink

Bismillahirahmanirahhim,

           Belum rasa bermakna belum tahu la rasa sedapnya performance drink ni kan.ala2 rasa orange gitu...pertama kali saya cuba performance drink memang marbeles la..terus  rasa kesegarannya dan bertenaga..Bukan saya sahaja yang suka,anak2 pun suka...Kalau mereka mengalami demam dan cirit birit, memang pilihan saya adalah performance drink ni bagi mengelakkan mereka mengalami penghidratan..





Disini beberapa testimoni dari mereka yang  pernah mencuba performance drink untuk lebih bertenaga melakukan tugas2 harian..






















Minuman yang lazat untuk diminum bila2 masa dan dimana2 sahaja...boleh dicampur dengan minuman lain dan begitu sahaja...

Sekiranya anda juga teruja ingin mencuba ,meh pm saya.:

SID FAZILA
0129088753

sharing with love,




Tuesday, 21 October 2014

10 makanan ibu hamil buat otak bayi pintar

Bismillahirahmanirahim,

     Setiap ibu semestinya inginkan anak yang pintar..Kepintaran anak juga bermula sejak dalam kandungan lagi.Oleh itu makanan adalah sumber penting dalam merangsang otak bayi bagi ibu2 yang sedang hamil..
     Seingat saya setiap kali mengandung,nurse akan bagi panduan dan galakkan  mengenai apa yang sepatutnya ibu  hamil perlu makan dan sebagainya..

10 makanan ibu hamil buat otak bayi pintar



1} Madu
      Makanan yang  berkhasiat yang mengandungi pelbagai jenis vitamin ,mineral protein,antiseptik dan enzim yang berdaya untuk meningkatkan ingatan dan kecergasan mental.

2} Kismis
       Kismis mengandungi zat besi yang berfungsi untuk membina darah supaya bekalan oksigen mencukupi untuk disalurkan ke otak.Oleh itu,ia menjadi makanan pencetus untuk membentuk otak anak genius.

3} Kurma
       Jus kurma dapat membantu memanaskan badan dan mencerdaskan otak serta membantu tumbesaran kanak-kanak..Kurma kaya dengan sumber zat galian dan vitamin .

4}Buah Delima
      Buah ini boleh jadi penerang hati .

5}Kekacang
      Kacang seperti gajus ,soya dan pistachio dipercayai berkesan dalam meningkatkan kecerdasan otak.dan ia mengandungi nilai protein yang tinggi

6}Labu
       Labu dapat menambah keupayaan fikiran dan akal.

7}Minyak Sapi
      Minyak sapi membekalkan otak yang genius,,so selalulah memasak menggunakan minyak sapi.

8}Sayur sayuran
      Begitu kaya dengan vitamin yang dapat membantu menigkatkan daya ingatan.

9}Susu
      Susu baik merangsang otak,menajamkan fikiran,bekalkan tenaga dari sudut mental dan fizikal.ia juga berfungsi untuk pertumbuhan badan dan otak.

10}Telur
       Berfungsi untuk menambah kecerdasan otak.Telur mengandungi kekuatan protein,mineral,vitamin,kalsium,magnesium,fosforus,kalium,sulfur,natrium,klorin,zat besi.air dan bahan bahan aktif..Telur yang terbaik adalah telur ayam kampung untuk memberi kepintaran pada anak.

       Oleh yang demikian,kepada ibu2 diluar sana yang hamil,boleh la mengambil makanan2 ini di awal kehamilan anda.selain itu, pemakanan yang seimbang juga perlu bagi memastikan perkembangan otak bayi semasa hamil berlaku dengan baik dan sempurna dengan izinnya..insyaALLAH.

       Untuk pengetahuan anda, selain pilihan 10 makanan tadi,Anda juga boleh memilih supplemen shaklee yang berfungsi membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori..iaitu OMEGA GUARD..amat digalakkan pengambilannya semasa kehamilan di terismeter ke 2.
.DHA adalah nutrien utama untuk otak ,sistem saraf dan retina.Ia penting terutamanya 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan,.

      Sekiranya anda,ada sebarang pertanyaan dengan produk shaklee boleh la terus hubungi saya,

SID Fazila
call/whatssap:0129088753





     

Saturday, 18 October 2014

2 hobi saya yang memerlukan belanja

Bismillahirahmannirahhim.

     Hari ini nak share tentang hobi saya yang tidak pernah anda tahu dan ambil tahu..hahaha.. boleh gitu?..boleh dikatakan semua orang ada hobi masing2 kan?..begitu juga saya..


     Tujuan hobi adalah untuk memenuhi minat dan mendapat keseronokan sekalipun tidak mendapat pulangannya pun,,Ada hobi percuma sahaja contohnya mengumpul setem terpakai,so hanya yang terpakai sahaja dikumpulnya tanpa mengeluarkan belanja..

     Ada pula hobi yang memerlukan belanja seperti hobi memancing,.maklum je la kan,nak memancing memerlukan joran,umpan,alat pancing dan sebagainya.Tetapi pulangannya adalah ikan dan hadiah memancing sekiranya memasuki mana2 pertandingan memancing.

    Bagaimana pula kategori hobi saya?


    Hobi saya dirumah dikategorikan hobi yang memerlukan belanja kerana hobi saya adalah MEMBACA,membaca memerlukan bahan bacaan ..So saya perlu membeli bahan bacaan itu...kadang2 hobi membaca pun ikut peredaran masa juga,kalau zaman anak dara,,pilihan saya adalah novel dan majalah2 membaking..berbanding sekarang lebih kepada buku perihal anak2,keagamaan,resepi2 masakan juga,,,dan tentang hal2 kesihatan, disebabkan terjebak dengan shaklee..hahaha..

   Hobi kedua saya pula..,suka membaking,,di mana hobi ini dikategori juga yang memerlukan belanja untuk membeli bahan2 untuk membaking seperti tepung,gula,butter dan sebagainya...tetapi tidak la tiap2 hari saya membaking walaupun dikatakan hobi,,hanya ikut keperluan saja, dan mood juga..walaupun tidak sehebat pakar,,saya suka mencuba dan terus cuba hingga mendapat satu kepuasan bila tengok hasilnya.

Tarraa!!! antara gambar projek baking saya ,{ni je yang ,dapat cari dalam album}



ok sekian dulu perkongsian tentang hobi saya yang tidak pernah anda ambil tahu,,,so kini dah tahukan?..nak join share tentang hobi,boleh post di komen ya..

                                   Assalammualaikum..







Fazila
sms/whassap :0129088753







Friday, 17 October 2014

Rahsia Performance Drink Shaklee yang anda tidak pernah tahu.

Bismillahhirahmannirohim,,

     Sememangnya saya adalah salah seorang peminat setia performance drink {PD}ini..Kenapa saya suka sangat2 ya..Jom kita selongkar rahsia performance drink Shaklee ni yang tidak pernah anda tahu..
.
    Performance merupakan minuman ahli sukan pertama bagi para atlet di Amerika Syarikat...,
Performance juga direka khas  untuk angkasawan NASA.Para atlet antarabangsa dan pengembara terkemuka memilih Performance sebagai pilihan utama mereka.
 
     Kerana minuman ini telah banyak membantu mereka dalam mencipta rekod dunia baik dalam dunia sukan  mahupun aktiviti pengembaraan.

     Ujian klinikal membuktikan rumusan ekslusif Opticarb yang sudah dipatenkan ini akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda.,memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh.Selain itu,performance mempunyai lebih 67% otot glikogen {sumber tenaga} dan menyediakn tenaga dari 3 jenis karbohidrat segera.


Jom kita zoom :Kelebihan Performance ,

    1}Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat,
    2}Membekalkan tenaga dan daya ketahanan fizikal..
    3}Mencegah penghidratan,,mengurangkan kehausan dan melembabkan kulit.
    4}Mengekalkan paras gula,,

*Satu hidangan yang lazat untuk diminum pada bila2 masa dan dimana saja...tambah2 pula bila diminum sejuk...terasa kesegarannya..wallla.

Siapa yang sesuai minum Performance,
-para atlit
-mereka yang berpuasa
-yang tidur lewat malam
-keletihan
-vagina yang kering
- cirit birit
-tiada selera makan
-rendah paras gula
-kepeningan dan sebagai.

Performance juga tidak mengandungi perasa tiruan,pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.

p/s:kepada yang nak cuba performance drink ni,memang saya cadangkan sangat2..memang best ,bukan setakat sedap aje,,,bahkan rasa lebih bertenaga bila minum...


JOM TRY !!


SID fazila,
sms/whassap: 0129088753