Assalammualaikum semua,..
Memang sekian lama kita ketahui,susu ibu terlalu banyak khasiatnya dan manfaatnya pada anak2 yang dilahirkan..
alhammdulillah,ketiga2 anak kak eila dapat menyusu sepenuhnya,walaupun yang 1st n 2nd tak cukup 2 tahun[ coz dah pregnant masa tu..].hanya yang ketiga menyusu sehingga 2 thun +++ hehe..syukur sangat sebab diberi peluang untuk memberi yang terbaik untuk anak2..
so,nak kongsikan info tentang susu ibu ...
penulis:...en.suami [hehe]
artikel ni pernah keluar di harian metro.....meh baca.
KHASIAT SUSU IBU TIADA BANDINGAN
Makanan Terbaik Ini Diperakui Pakar Sains Perubatan
Oleh : Mohd Rizal Azman Rifin
Iklan terpapar di media memperagakan pelbagai khasiat susu formula. Kita
tidak menafikannya, bahkan rambang mata hendak memilih jenama terbaik
buat anak kita yang masih kecil.
Namun ada ibu lebih cenderung memberikan susu badan. Mungkin sesetangah
orang beranggapan ia cara tradisional. Tambahan pula, kini ramai kaum
ibu yang bekerja dan tiada waktu untuk menyusukan anak sendiri.
Apa pun persepsi dan alasan diberikan, susu ibu adalah satu anugerah dan
memiliki keistimewaan yang tidak boleh dipertikaikan sehingga banyak
pihak bersetuju dengan kebaikannya untuk tumbesaran si anak.
Dalam hubungan ini, Allah berfirman maksudnya: "Dan ibu-ibu hendaklah
menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang
menyempurnakan penyusuan itu..." (Surah Al-Baqarah, ayat 233)
Jika Kita lihat dari sudut ilmu sains kesihatan, fizikal tubuh bayi yang
masih lemah memerlukan kepada bekalan yang konsisten dalam bentuk
sumber protein dan kolestrol. Dua unsur utama ini terkandung dalam susu
ibu di samping beberapa unsur zat lain.
Susu ibu tiada tandingan dan ia menggambarkan suatu kehebatan ciptaan
Allah sehingga pakar sains perubatan di seluruh dunia tidak putu-putu
menjalankan uji kaji dan penyelidikan ke atasnya.
Kita lihat fakta sebenar hasil kajian saintifik ini. Dari segi kandungan
zat pemakanan dikatakan bahawa susu ibu mengandungi zat berkhasiat
diperlukan bayi untuk proses tumbesarannya.
Susu ibu mengandungi enam kali ganda lebih banyak kandungan protein
berbanding susu formula. Demikian juga dengan kandungan Vitamin A, susu
ibu mempunyai lima kali ganda banyaknya.
Di samping itu, susu ibu memiliki 12 kali ganda karotena, tujuh kali
gamda lebih kandungan vitamin E dan empat kali ganda antibodi. Fakta itu
jelas membuktikan susu ibu adalah 'senjata' bagi melindungi bayi
daripada serangan pelbagai penyakit.
Malah disahkan juga bahwa susu ibu mempunyai kadar garam lebih rendah berbanding susu formula.
Jadi ia tentunya lebih selamat buat bayi kerana kandungan susu yang ada
zat garam tinggi akan memudaratkan iaitu akan meningkatkan proses
pertumbuhan dalam kadar melepasi skala biasa, sekaligus mampu mengundang
gejala penyakit obesiti.
Fakta saintifik yang lebih menarik ialah susu ibu tidak mengandungi
sebarang bentuk bahan kimia dan ini akan mengelakkan bayi daripada
terkena penyakit kancing dagu.
Retina Foundation Of The Southwest di Dallas, Texas, Amerika Syarikat
melaporkan, kajian mereka mendapati susu ibu mengandungi asid lemak
docosahexaenoic (DHA) dan arachidonic acid (AA).
Pakar di bawah tajaan badan itu juga menyatakan bahawa bayi mendapat DHA
dan AA secara serentak lebih cemerlang pada sudut memori, malah lebih
berupaya menyelesaikan masalah dan mampu menguasai kemahiran berbahasa
berbanding yang mendapat DHA atau AA sahaja.
Laporan penemuan itu boleh kita ikuti lebih lanjut melalui Jurnal Perubatan Pembangunan dan Neurologi Kanak-kanak.
Seorang pakar dalam kajian itu, Dr Dennis Hoffman mengakui susu ibu mengandungi DHA dan AA pada kadar nisbah amat mengagumkan.
Beliau dipetik berkata "Bayi yang diberikan susu ibu akan mendapat
khasiat terbaik untuk proses pengembangan minda dan saraf mereka".
Sebenarnya masih banyak lagi khasiat yang ditemui dalam susu ibu dan ini
sebagai bukti sesungguhnya Allah Maha Berkuasa Lagi Maha Bijaksana.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pernah mengeluarkan kenyataan
yang memberitahu masyarakat dunia bahawa "Penemuan terkini menunjukkan
pemberian susu ibu sepenuhnya selama enam bulan adalah cara pemakanan
terbaik untuk bayi. Selepas itu, bayi perlu diberikan makanan tambahan.
Namun pemberian susu ibu mesti diteruskan sehingga bayi itu berusia dua
tahun ataupun lebih".
Inilah kebenaran dan inilah juga nikmat Allah yang wajib kita syukuri.
Jadi jangan lepaskan nikmat itu begitu sahaja, sebaliknya manfaatkanlah
ia demi pertumbuhan anak yang lebuh sihat seperti diakui pakar perubatan
moden.
Benarlah firman Allah pada surah At-Tiin, ayat 4, bermaksud : "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya".
penulis ialah Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah.
#produk shaklee juga mempunyai set penyusuan bagi ibu2 di luar sana yang ingin berusaha untuk menyusukan bayi sendiri...dapatkan maklumat lanjut:0129088753 [kak eila]..harga yang menarik dan free konsultasi.
.