Monday, 4 November 2013

SUSU IBU..tiada bandingannya

Assalammualaikum semua,..

Memang sekian lama kita ketahui,susu ibu terlalu banyak khasiatnya dan manfaatnya pada anak2 yang dilahirkan..

alhammdulillah,ketiga2 anak kak eila dapat menyusu sepenuhnya,walaupun yang 1st n 2nd tak cukup 2 tahun[ coz dah pregnant masa tu..].hanya yang ketiga menyusu sehingga 2 thun +++  hehe..syukur sangat sebab diberi peluang untuk memberi yang terbaik untuk anak2..

so,nak kongsikan info tentang susu ibu ...
penulis:...en.suami [hehe]
artikel ni pernah keluar di harian metro.....meh baca.





KHASIAT SUSU IBU TIADA BANDINGAN
Makanan Terbaik Ini Diperakui Pakar Sains Perubatan
Oleh : Mohd Rizal Azman Rifin

Iklan terpapar di media memperagakan pelbagai khasiat susu formula. Kita tidak menafikannya, bahkan rambang mata hendak memilih jenama terbaik buat anak kita yang masih kecil.

Namun ada ibu lebih cenderung memberikan susu badan. Mungkin sesetangah orang beranggapan ia cara tradisional. Tambahan pula, kini ramai kaum ibu yang bekerja dan tiada waktu untuk menyusukan anak sendiri.

Apa pun persepsi dan alasan diberikan, susu ibu adalah satu anugerah dan memiliki keistimewaan yang tidak boleh dipertikaikan sehingga banyak pihak bersetuju dengan kebaikannya untuk tumbesaran si anak.

Dalam hubungan ini, Allah berfirman maksudnya: "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu..." (Surah Al-Baqarah, ayat 233)

 

Jika Kita lihat dari sudut ilmu sains kesihatan, fizikal tubuh bayi yang masih lemah memerlukan kepada bekalan yang konsisten dalam bentuk sumber protein dan kolestrol. Dua unsur utama ini terkandung dalam susu ibu di samping beberapa unsur zat lain.
Susu ibu tiada tandingan dan ia menggambarkan suatu kehebatan ciptaan Allah sehingga pakar sains perubatan di seluruh dunia tidak putu-putu menjalankan uji kaji dan penyelidikan ke atasnya.

Kita lihat fakta sebenar hasil kajian saintifik ini. Dari segi kandungan zat pemakanan dikatakan bahawa susu ibu mengandungi zat berkhasiat diperlukan bayi untuk proses tumbesarannya.

Susu ibu mengandungi enam kali ganda lebih banyak kandungan protein berbanding susu formula. Demikian juga dengan kandungan Vitamin A, susu ibu mempunyai lima kali ganda banyaknya.

Di samping itu, susu ibu memiliki 12 kali ganda karotena, tujuh kali gamda lebih kandungan vitamin E dan empat kali ganda antibodi. Fakta itu jelas membuktikan susu ibu adalah 'senjata' bagi melindungi bayi daripada serangan pelbagai penyakit.
Malah disahkan juga bahwa susu ibu mempunyai kadar garam lebih rendah berbanding susu formula.

Jadi ia tentunya lebih selamat buat bayi kerana kandungan susu yang ada zat garam tinggi akan memudaratkan iaitu akan meningkatkan proses pertumbuhan dalam kadar melepasi skala biasa, sekaligus mampu mengundang gejala penyakit obesiti.

Fakta saintifik yang lebih menarik ialah susu ibu tidak mengandungi sebarang bentuk bahan kimia dan ini akan mengelakkan bayi daripada terkena penyakit kancing dagu.

Retina Foundation Of The Southwest di Dallas, Texas, Amerika Syarikat melaporkan, kajian mereka mendapati susu ibu mengandungi asid lemak docosahexaenoic (DHA) dan arachidonic acid (AA).

Pakar di bawah tajaan badan itu juga menyatakan bahawa bayi mendapat DHA dan AA secara serentak lebih cemerlang pada sudut memori, malah lebih berupaya menyelesaikan masalah dan mampu menguasai kemahiran berbahasa berbanding yang mendapat DHA atau AA sahaja.

Laporan penemuan itu boleh kita ikuti lebih lanjut melalui Jurnal Perubatan Pembangunan dan Neurologi Kanak-kanak.
Seorang pakar dalam kajian itu, Dr Dennis Hoffman mengakui susu ibu mengandungi DHA dan AA pada kadar nisbah amat mengagumkan.

Beliau dipetik berkata "Bayi yang diberikan susu ibu akan mendapat khasiat terbaik untuk proses pengembangan minda dan saraf mereka".
Sebenarnya masih banyak lagi khasiat yang ditemui dalam susu ibu dan ini sebagai bukti sesungguhnya Allah Maha Berkuasa Lagi Maha Bijaksana.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pernah mengeluarkan kenyataan yang memberitahu masyarakat dunia bahawa "Penemuan terkini menunjukkan pemberian susu ibu sepenuhnya selama enam bulan adalah cara pemakanan terbaik untuk bayi. Selepas itu, bayi perlu diberikan makanan tambahan. Namun pemberian susu ibu mesti diteruskan sehingga bayi itu berusia dua tahun ataupun lebih".

Inilah kebenaran dan inilah juga nikmat Allah yang wajib kita syukuri. Jadi jangan lepaskan nikmat itu begitu sahaja, sebaliknya manfaatkanlah ia demi pertumbuhan anak yang lebuh sihat seperti diakui pakar perubatan moden.
Benarlah firman Allah pada surah At-Tiin, ayat 4, bermaksud : "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya".

penulis ialah Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah.



#produk shaklee juga mempunyai set penyusuan bagi ibu2 di luar sana yang ingin berusaha untuk menyusukan bayi sendiri...dapatkan maklumat lanjut:0129088753 [kak eila]..harga yang menarik dan free konsultasi.



.









Wednesday, 30 October 2013

MANGGIS ...NYUMMY NYUMMY SEDAPNYA..

MANGGIS kaya vitamin C  ,baik untuk wanita hamil

-Manggis  mengandungi zat folat, yang dapat mencegah kecacatan janin khususnya pada bahagian tulang belakang,,bibir sumbing dan jantung,

-Manggis  memberi zat untuk membentuk sistem kerangka tulang rawan janin,

-Selain itu, vitamin c pada buah manggis, dapat melindungi ibu dab bayi daripada kerosakkan sel,,dan bermanfaat menjaga sistem imun ibu,

-Vitamin c  juga mengurangkan risiko tekanan yang membahayakan pada janin.

-Untuk kelihatan cantik,ibu mengandung perlu mengamalkan pengambilan buah ini kerana ia dapat mengurangkan kulit wajah.


*** sumber :harian metro ***

Friday, 5 July 2013

kurma - banyak kelebihannya

     alhamdulillah,sekian lama tak menulis di blog..hari ni dapat jugak berkongsi entry tentang kurma.tinggal beberapa hari lagi je,umat islam di dunia akan menjalani ibadat yang penuh dengan barakah dan pahala...sudah pasti nye bulan  ramadhan....bersyukur sebab bertemu kembali dengan bulan ramadhan tahun ini..
     KURMA...adalah menjadi satu keperluan setiap kali ramadhan menjelma..kalau sekarang kita tengok di pasaraya,penuh dengan kurma yang bermacam macam jenis ikut gred..so.ikut kemampuan kita nak beli yang mana satu kan..
    Gula semula jadi yang terkandung  dalam kurma jauh lebih sihat daripada gula pasir.
kurma baik bagi menyembuhkan batuk,selsema,asma,radang,saluran pada leher,demam dan masalah hati .
serat dalam kurma sangat halus sehingga ia tidak mencederakan perut.kurma juga memberikan tenaga ekstrak untuk mereka yang biasa melakukan senaman dan kerja keras.
    kurma mengandungi 20 asid amino yang berperanan dalam proses pencernaan..ini adalah sebab mengapa kurma mudah di cerna.
''saidina Ali r.a meriwayatkan ''barang siapa  yang memakan 7 biji tamar [buah kurma] setiap hari,ia akan membunuh kuman di dalam badannya.

p/s: pastikan setiap rumah memiliki kurma  bukan sahaja di bulan ramadhan ..malah bulan2 lain juga.